Kejahatan yang aku buat.

As salam...

Korang macam tak caya je aku ni jahat jugak kan lepas bace entri ni. Ye la, tengok muka cam sadis inesen macam muka selalu kena buli kan. Pituuiiiih tol =.='

Ehehe..ini santai-santai je, aku nak membuka segala sifat kejahatan aku kat umah.  Aku anak kedua dari tujuh adik beradik.  Makanya, aku pun jeles la diorang ni makin membesar maju.  Dulu kecik molek halus beleh jah *terkeluar loghat kelate lak.  Sekarang dah besar da diorang ni, pandai da diorang ni masak telor mata kerbau time lapar pastu tuang kicap, sendawa enak je depan aku lepas makan ;)

Jadi, aku selaku akak sulung yang masih kecik comel lotey ni pun tak nak mengalah nak jadi mem besar.  Antara yang selalu aku buat :-
            ^^Tati, ambik penyapu sapu lah bilik ni.

           ^^ bang Nick, angkat bakul ni jap.

           ^^Fahmi, tolong cas enset nokia 3310 kak ngah ni.

           ^^Akif, tolong sapu facial scrub kat muka kak ngah ni. err..


Diorang buat wess..hik hik *bangga, muahahahhaa


Adesss.  Kadang-kadang my big brother pun kena..


^^Abe......................tolong pergi beli topak lime hengget.  sambil buat muka kesian sebelum aku kena hambur kat dia ada kaki ada tangan. tsk tsk =.="


Sebenarnya ni salah satu kebahagiaan yang aku dapat kat rumah, bukannya saja nak buat jahat kat diorang tapi sedap dikata kalau nak bermanja.  Alhamdulillah, aku sebenarnya bersyukur sangat ada adik-adik yang baik.  Tak kira la, macam mana pun perangai diorang kat luar rumah tapi kalau kat rumah diorang ni masih menghormati aku sebagai kakak, hormat ma dan abah cukup la.  Kalau kena bebel dengan ma, ada jugak yang menjawab tapi jawapan yang diorang bagi ni lawak sampai ma pun tak jadi marah diorang sebab nak tergelak. 



Siapa kata ada adik beradik ramai ni menyusahkan, bahagia tau di kemudian hari bila berkumpul ramai-ramai mesti riuh rendah dengan pelbagai cerita.  Tidak dinafikan jugak kesemua adik beradik aku ni termasuklah la aku ada pe'el a.k.a perangai masing-masing yang buat ma abah pening kepala.  Biasalah kan, anak-anak ni la racun dan jugak penawarnya dalam sesebuah keluarga. Aku sangat kagum pada kesabaran ma dan abah.


Sekarang, kitorang masih tak berpecah, semua belum kahwin lagi.  Itu yang masing-masing masih sibuk berlumba nak manja-manja bawah ketiak ma.  huhu.

17 comments:

Cikgu Fikri said...

wah...
nakal jugak akak ni..
betul tu, alang2 belum kahwin ni, elok bermanja dgn keluarga! :)

ASaDa RyutaRo said...

itu bukan bermanja namanya. itu buli adik2. sian diorang yang innocent tu, buat jugak.. hahaha..

najihah sahami said...

hehe..sama la emiey..mish pun adik beradik ramai. best kan.

enyheartsdiamond said...

untung la adik beradik byk.. eny 3 beradik je.. balik2 muka sama je.. hehe :)

James Alexander said...

nakal ye...??? huhuhuhu...

jgn buli adik anda selalu... x baik tau....


(pengalaman sbg adik yg kecik)

Gayahspears said...

bukan jahat la yunk manje tuh >_< hahaha/.. gayah pon cam tu gak kdg2..hahah

Gayahspears said...

bukan jahat la yunk manje tuh >_< hahaha/.. gayah pon cam tu gak kdg2..hahah

Benrauf said...

stended la tu..anak paling besa. memang bossy la.

Kamsiah said...

betul...adik beradik ramai,keluarga yg besar mmg meriah...percayalah..bila berseorangan,merantau..kawen...emy akan merindui saat2 bersama ini..

normizarifah said...

mira nOty...hehheheh....anyway stay cute yer

Aida Azryn said...

huhu.. kaki buli ye. :P

aTy _faRed~ said...

hahahaha...biase ar tu kalau jadi kakak..memang besh ngarah2 ni...hihi...:p

apik pehe said...

hehehe..anak tu kan rezeki..makin ramai anak.makin bertambah la rezeki..hehehe..apik pon cadang nk anak lebih gak nanti kawen..bajet apik dalam 10 tahun..nak 12 orang anak..hhehehee

Ain Zulaikha said...

yeahhhhh adik lah mangsa buli saya... hehehhe selalu suruh dia urut kaki , tapi ada lah upahnya kan.. hehe

cik azeya said...

best ade adik beradik ramai. boleh buli . haha. meriah je rumah.
jeles lahh.
hehe.

Puteri Iqa Izyan said...

haha. best ade adik ramai. senang nak buli. hak3..

ibnubaba_04 said...

wahh..mmg betul2 jahat ni..huhu