Fedtri dah kawin :)

As salam....

Tadi masa tengok rancangan kat TV3, lupa dah rancangan apa sebab aku khusyuk menghadap laptop kat depan ni ;)

Ma : sape tu? fedtri eh ng sape tu? 

Aku dalam hati dah membebel, ma lupa bawa mata dia yang sepasang lagi la tu. huhu. spek mata.

Aku : Yela, fedtri jadi hos, tetamu tu Dato Dr. Mashitah.

Ma : Dr. Mashitah, kena tengok ni. 

Aku pun gatal bukak cerita pada ma. 

Aku : fedtri yahya dah kawin tau ma, masa awal cuti sekolah hari tu.  Bini die orang kelantan, kalau tak silap orang Pasir Mas.

Ma : La..ye ke? tak masuk dalam Nona pun.  <---boleh lak ma fikir macam tu =.='

Aku : die buat sederhana, biasa-biasa je tapi dah nama selebriti semua orang tahu la pasal perkahwinan dia.  

Ma macam bersungguh je nak tahu pasal Fedtri Yahya ni kahwin, aku pun google la pasal perkahwinan Fedtri ni dah alang-alang aku cerita biar sampai ada bukti, ye idok? ehehe.  

Ini salah satu gambar Fedtri dan isteri yang aku ambil dari sini.  Banyak jugak page yang aku bukak tadi untuk tunjuk kat Ma pasal perkahwinan Fedtri dengan isteri yang berasal dari Pengkalan Machang, To'uban, Pasir Mas, Kelantan ni. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei 2011 yang lepas. Sederhana tapi tetap meriah, semoga perkahwinan mereka berkekalan & dirahmati Allah SWT.


psst : Ma ajak keluar esok, macam malas je sebab dah keluar semalam.  Tapi, kalau keluar ngan Ma boleh la paw sekupang dua kan, ehehe ;)

13 comments:

caliph shuriken said...

suwiit laa bini fedtri ni ^^

latest en3: Super GT kembali lagi

James Alexander said...

baru kenal sapa ini fedtri...

maklum la dah lama x bukak tv3...

saya bukan tomato said...

melepas :(

✿ emaxoxo ✿ said...

hehe keluar jelaa dgn Ma :)

ghost writer said...

dah jodoh baik dipercepatkan...

Ira Nazmir said...

nice blog..keep it up sis..=')

naz said...

dia ni kalau cakap memang berbunga bunga :) ayat dia power mesti cair isteri dia haha

Cik Fia said...

pasangan :)

Azeanthy Paiman said...

sweet la...and seriously,i likes ur blog skin.=)

Cik Ezy said...

knal gtu2 je ngn fedtri ni..
ekeke..
sweet jgk dorg

sugar2 kapas strawberry said...

ehehehe.linn pon tak berapa knl sgt sape fedtri ni

cik helena said...

nih contoh artis yang baik.kawen dia very the simple.nampak ikhlas.hehe

budakkampung39 said...

ingat mase saye kawen nanti takmau makan yang susah2,buat masak lemak pucuk ubi ngan sambal belacan jer.hehehe