XS to S..sikit jer..

As salam..

#Day16 : Short term goal for this month and why.



Tiap-tiap bulan, nak mencapai yang ni je la.  Dari saiz xs ke s. hik3.  Aku rendah je, badan berisi sikit dah comel da kalau pakai saiz s tu.  Macam tu la ibaratnya, aku nak berisi sikit je, sikit je lagi.  dapat berat 43kg macam zaman sekolah dulu pun dah okey. Kena usaha 5kg je lagi.  Sabor sabor.


Orang gemuk nak kurus dan orang kurus nak gemuk, orang akan kata aku ni tak reti bersyukur lak kan. Bukan weyh, aku nak berisi sikit je sikit je.  Kenapa?


  • Sebab bila balik kampung, ma akan sedih tengok aku dan tanya "Angah ni takde duit nak makan ke?apsal makin kurus?" Ha..siapa yang suka buat ibu rasa macam tu.  Aku dah la jauh dari family, bergembira dengan kepci pizza hut seoul garden tapi ma kat rumah dok risaukan aku yang konon tak cukup duit padahal duit memang habis untuk memanjakan perut yang nakal nih.  aishhh.   


Bila anak dok jauh dari family, cuba la sedaya mungkin untuk tidak menimbulkan kerisauan di hati mereka.  Ibu bapa ni bila berjauhan dengan anak-anak memang tak lena tidur apatah lagi kalau tahu kita menghadapi masalah kan.  Tapi jangan pulak sampai menyorokkan sesuatu hal yang penting.

2 comments:

.Am-OH-Am. said...

hehe. betul2. padahal orang XL nak ke XS tapi awak terbalik pulak. papepon, selamat menggemukkan badan yaaa

CIK TOM said...

ibu bapa nak yang terbaik utk anak2nya..cik tom nak kuruskan sikit badan..nak kurang 2kg..huhu..