Pening.

As salam...

Yup, pening.  Ingat nak buat tajuk 'Bila aku sudah tiada', memang ingat mati terus. haishh. tak pe, ingat mati tu memang wajib supaya dapat meningkatkan amal ibadat, kan.  Okey, jadi ustazah la pulak kan. 


Entah kenapa hari ni rasa touching je, rasa sensitif, rasa nak marah pun ada.  Bangun pagi tadi, sakit sangat kepala tak tahu kenapa, mungkin dah banyak hari tidor lewat.  Dah tahu ada darah rendah masih nak tidur lewat. Abah, i am sorry *sambil buat gaya Amir ML ;p sebab tak ikut nasihat, sejak dari zaman nak ambik exam PMR lagi camni =.="


Sakit ni jugak mungkin sebab banyak sangat berfikir tentang masa lalu. Kisah sedih. Baiklah, aku mesti cuba jauhkan diri dari kesedihan yang sia-sia.  Meratapi masa silam hanya menyesakkan otak yang sebenarnya harus ku isi dengan ilmu bekalan untuk masuk dewan exam. Kan kan..yup, i'm a  goodgirl!  Jadi baiklah aku pandang ke depan dan menghargai orang yang masih sayangkan aku.  Aku masih punya keluarga serta kawan-kawan.  Ya, diorang masih sayangkan aku.


Semester ni memang panadol sangat mesra dengan aku, bagai isi dengan kuku dah.  Walau pun aku tahu baik dengan ubat ni tak elok tapi apakan daya aku tak mahu membazirkan masa dan air mata sedangkan banyak hal yang perlu aku fokuskan macam sekarang, exam! yeah, gambate^^


It is better for us to love someone who loves us more, aite?

4 comments:

Bo0lat's Heart said...

Yup! Sayang org yg syg kite.. =)

apik pehe said...

yeah!!
gambate yer emiey..
tapi jangan telan panadol kuat sangat..
nanti sistem imun tak dapat bertindak sendiri..hehehe

Cahaya Kehidupan said...

dear,

kalau tak nak makan ubat,cuba amalkan baca alfatihah 7 kali kat air yang kamu nak minum,tak kira lah letak lam cawan ke,dalam botol air ke,insyaAllah,jika tengah sakit kepala,kamu yakin Allah akan sembuhkan,ianya akan hilang,cubalah,saya dah cuba,dan alhamdulillah setakat ini Allah sembuhkan...^_^

*kita rasa masa silam itu sakit dan pedih,tapi kadang2 kita tak terfikir tidak semua ada pengalaman macam itu,atleast kita pernah melaluinya dan akan cuba memperbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan..insyaAllah

La Tahzan, kamu diuji tanda Allah sayangkan kamu,Allah sedang berbicara dengan kamu,tadahlah tangan,minta lah pada DIA supaya diberi kekuatan dalaman untuk menempuh ujian dariNYA.. ^_^

*maaf tercoret panjang plak...^_^

Ain Zulaikha said...

jangan makan panadol banyak sangat, nanti boleh jadi pelupa.. ok? :)