Future.

As salam..


#Day 17 – How you hope your future will be like.

Arghhh..terasa lama sangat meninggalkan  30days Challenge ni..macam-macam halangan..rasanya macam jauh sangat nak selesaikan challenge ni..nasib baik tak jemu lagi. *mencari keikhlasan dalam kenyataan ayat tersebut =.='


My future? Of course la aku membayangkan semuanya sempurna. Angan-angan semuanya nak sempurna namun bila terzahir di realiti mungkin lebih indah ataupun mungkin sebaliknya. Okey la, simple jawapan yang aku boleh bagi..



*menjadi seorang guru yang baik.
Aku bakal menjadi seorang guru. Satu amanah dan tanggungjawab yang wajib aku pikul dengan seikhlas hati. Bukan sahaja menjadi baik, lemah lembut dengan keayuan tapi baik dalam menjalankan tugas menyampaikan ilmu supaya anak-anak murid menjadi insan yang berguna kelak.  Cepat-cepat siapa nak chop aku jadi cikgu anak die =.=”



*seorang isteri yang baik
Seorang wanita pasti mengidamkan pangkat isteri dan mestilah nak jadi isteri yang baik serta menjadi sempurna apabila melahirkan zuriat dalam rumahtangga dan terus menjadi ibu yang baik.  Ouhhhh..sebakk di dada memikirkan bilakah ianya akan tercapai. Wanita cakap, siapa yang tak pernah berangan camni? 


cantik kan gambar animasi ni, teringin nak letak gambar ni lepas baca entri seorang sahabat.



dah dah..stop berangan, meh peluk buku pulak, aishhh..peluk je~


untuk perolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat,
tunaikan lah segala tanggungjawab dengan ikhlas termasuk menjadi hambaNya, anak kepada kedua ibu bapa, isteri/suami kepada seorang suami/isteri dengan baik ^^

10 comments:

Cik Ezy said...

arap impian tu mnjdi kenyataan..
=)

diana said...

semoga satu hari nanti tercapai la impian murni kamu tu..
insyaallah...:)

puteri cahaya. said...

insyaAllah, semoga tercapai.. amin

Masz said...

semoga impian menjadi kenyataan cikgu amirah !

AiDa AzRyN said...

mudah-mudah jadi kenyataan.. amin.. ;)

Titisan Hujan said...

amin..cikgu amirah yg lemah lembut.jd cikgu pd anakku okeyh

Ain Zulaikha said...

semoga berjaya jadi guru dan isteri yang baik ya, saya nak jadi isteri yang baik je.. kah kah kah :D

Puan Besar Shag Yahaya said...

Emiey sayam~ Shag pun dah lama tinggal 30Days Challenge tu :P

Moga apa yg di harapkan tu di makbulkan. Moga Emiey jadi seorang cikgu dan isteri yg baik. AMIN!

zulfitry.com said...

semoga apa yang diimpikan jadi kenyataan..

Woofer Storm said...

nak bakal isteri yang baik,tapi sy tak baik mana pun..ermmmmm

*jaga diri baik2 ye..