Day 15

As-salam...

#Day15 :Something you don't leave the house without

Bangun tido rasa macam puteri lak.  Lena sangat.  Seawal pukul 12 tu dah sampai ke dunia mimpi.  Mimpi apa entah, lupa sebab lena sangat kan.  Bangun ni terus terfikir menu sarapan lak, dah la dinner semalam pukul 11.40 malam, 20 minit sebelum aku tidor.  Adess, patut la lena bagai puteri, lepas makan terus tido.  Bajet boleh naik 'kg' la 38 ke 48..puihhh.


Semalam ingat nak setel untuk day 15, tapi tacing lebih menguasai diri.  Biasa la yu, ai manusia biasa jugak.  Moh setel untuk day 15, tajuk je boleh tulis omputih..contentnya Malay yu, melainkan kalau jemput rumet yang update kan. ~lalalaa 


Pertama yang utama,
Kunci bilik.  
Sebelum keluar bilik akan dipastikan kunci bilik dah ada kat tangan, bila keluar terus masukkan dalam beg.  Kalau tertinggal dalam bilik ke hilang ke ape, prosedur nak dapatkan balik dan buat baru tu sangat leceh.


Kedua,
Pelembap bibir
Inilah alat mekap yang paling penting.  Dalam kelas, aksi biasa je kalau aku tetiba je keluarkan pelembap bibir dan memakainya, even lecturer ada kat depan. Bilik kelas ai ade aircond yu, bibir cepat kering =.="


Ketiga, 
Telefon bimbit.
benda wajib ni kan, tol tak? Kalau tertinggal duit, boleh jugak telefon sesiapa suh hantarkan.  Kalau tertinggal kunci bilik boleh jugak call dan suruh rumet campakkan dari luar tingkap.  ha, memang penting la telefon bimbit ni. Kalau boring dengar lecturer dok membebel kat depan leh jugak mesej sesiapa untuk hilangkan boring, tak pun leh on camera ambik gambar dari dagu ke dahi, haha ehs~


Keempat,
Minyak wangi.  
Kalau beli minyak wangi mesti akan beli jugak satu yang botol kecil, untuk diletak dalam beg dan dibawa ke mana saja. Kot tetibe kat shopping complex terserempak dengan Fahrin Ahmad, leh cepat-cepat ambik minyak wangi tu calit kat tangan sikit, boleh la buat Fahrin terkenang-kenangkan kite..auwws~~



You all lak apa yang penting untuk dibawa sebelum keluar?
jangan tinggal hati dalam peti sejuk sudaa.. 

7 comments:

emieysandra said...

adess..tajuk lupe nak edit balik~

Fyqa said...

penah try tak buat calit sikit myak wangi tu. hehe

ferra said...

huhu. i yg pntg just fon n purse jer. myak wangi.. tak yah pon takpe. i dah wangi ;p

Cik Ezy said...

tetibe rase nk buat jgk cbran 30 ari ni..
haha..
enpon mmg xleh tgl la kalo kuar..
myk wangi bse beli yg btol kecik jgk..

Noor Idayu binti Azmi said...

waah, kalau aku plak fon n walet n key. xde salah satu tu kene maki ngan membe, *tacink sebentar

Cikgu Fikri said...

minyak wangi,
wallet,
handphone,
pendrive,
sapu tangan,
kunci bilik dan












































































MINYAK CAP KAPAK mesti ada dalam kocek fiq... sebab fiq senang kena selesema..jadi, minyak cap kapak harus ada dikocek.. :)

Amirrah Zawani said...

semua sama.. kecuali minyak wangi je.. haha!! i sembur b4 kuar umah je :)