Cari mood study.

As salam...

Baru balik dari gosip study kat bilik kawan tadi.  Macam-macam cerita keluar pasal budak pendidikan khas ni, okey nampak tak di situ sebenarnya kitorang gosip plus study pasal  subjek yang akan kitorang jawab dalam exam hari isnin ni nanti iaitu Kanak-kanak Prasekolah Keperluan Khas.  Masa mula-mula belajar subjek ni kitorang bingung jugak kenapa opsyen kitorang prasekolah tapi kena belajar pasal budak-budak keperluan a.k.a kanak-kanak istimewa. Bila dah belajar, rupanya amat penting kitorang tahu semua ni sebab guru prasekolah adalah asas di sekolah,  nak naik darjah 1 mesti masuk prasekolah dulu kan *aku je tak masuk prasekolah tapi masuk tadika =.='.  Jadi, guru prasekolah la yang kena peka dengan perkembangan murid-murid dan kalau ada simptom-simptom murid keperluan khas, guru prasekolah kena cepat-cepat bertindak supaya kanak-kanak ni dipindahkan ke kelas khusus keperluan khas ataupun ke prasekolah keperluan khas.


Okey, penerangan ni ada buatkan korang rasa nak jadi cikgu prasekolah tak? tak pun jadi cikgu pendidikan khas? percaya la, dua-dua kerjaya ni sangat mencabar dan best okey.  Kalau dah hari-hari tengok murid-murid prasekolah, akan buatkan korang rasa macam tengok diri korang masa kecik-kecik dulu dan terus rasa nak budak kecik balik, tu yang kena hati-hati jadi cikgu prasekolah ni, biar lah terkawal sikit supaya tak konpius dengan umur sebenar korang ;p


You can learn many things from children.  How much patience you have, for instance.  ~Franklin P. Jones



Entri yang agak berilmiah kali ni, biasa la kena praktis ayat-ayat untuk tulis dalam kertas jawapan nanti :)  Tadi dah minum air kopiko, rupa nya macam dalam sachet nescafe 3 in 1 jugak.  Mata dah beri respon boleh buka luas-luas.  Jadi, stay jap untuk buat latihan soalan sikit.  Gambate^^

4 comments:

Cik Ila said...

Jadi cikgu kt skolah pendidikan khas sgt mencabar...tabik spring kat cikgu2 yg ajar kt skolah pendidikan khas..

AiDa AzRyN said...

aida ada hati jugak nak jadi cikgu sebenarnya.. hikhik..>.<

apik pehe said...

hehe..bakal guru yer emiey ni..hehehe..

betol2..cekgu kena tahu semua tu

Citarasa Rinduan said...

selamat malam dik.
kak ayu kan,kalau bertemu kawan2 yang mengajar kelas khas, pra sekolah.. kak ayu mmg tabik spring kat mereka..
besar pengorbanan mereka