best makan di Seoul Garden

As-salam..

#Day10 : A photo of your favourite place to eat.

Selamat pagi, dek kesibukkan menguruskan 'rumah baru' ni, terlupa seketika untuk menyiapkan tugasan hari ke-10. Adess, padahal dah tak ikut hari pun.  *cepat-cepat taip buat-buat sibuk. 


Seoul Garden, Mahkota Parade, Melaka.  Masa mula-mula datang Melaka, memang jakun ngan tempat ni.  Meskipun agak mahal, tapi kalau digunakan sebaik mungkin memang berbaloi-baloi.  Hah..camne nak gunakan sebaik mungkin? makan saja ler...



Bayaran masuk pada hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat ada student price untuk bubudak yang bawa kad matriks, dapat la jimat sen sikit kan. Bawak la kawan ramai-ramai.  Baru best, sambil makan leh sembang-sembang serta ambik gambar dari pelbagai sudut.  Sudut belakang ada cermin besau lagi la best mahu memperasankan diri dalam gambar.  Kelebihan makan ramai-ramai ni bila u all dah tak larat nak makan makanan yang diambil, sua kan la  pada kawan-kawan lain.  Tak pun, minta mereka bagi semangat pun jadi la.  Ops, sebelum terlupa mai nak habaq, bila masuk je Seoul Garden ni buat bayaran macam biasa kemudian pergi la ambik makanan yang ada dalam tu sebanyak mungkin diulang sebanyak mungkin tapi diingatkan juga kena menghabiskan semua makanan yang diambil kalau tidak, u all kena bayar lagi untuk setiap gram makanan yang u all tak habis tu.  Makanan memang kena kasi licin baru boleh keluar.  Moral of the rule, mendidik sikap jangan suka membazir, kan kan.

 

Selama aku dok Melaka ni, dah banyak kali kot aku pergi berpoya-poya kat situ.  Orang yang datang ke Seoul Garden ni amat berbaloi-baloi kalau die seorang yang kuat makan.  Makanan western dengan stimboat ni memang kegemaran aku sebab tu aku pun kategori layak sangat.  Selain itu, nasi, mihun, maggi pun ada.  Ada juga aiskrim serta boleh buat macam-macam jenis minuman sendiri lagi.  Kalau dating kat sini, tak tau la camne..kena berpegang pada satu prinsip je la.  Mahu tapi malu, malu nanti rugi.  kan kan kan.. 



Semua gambar-gambar dicilok dari entri SINI


daa..
adioos!

13 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bestnyer emiey jln2 ngan kwn..

jan said...

wah....memg bgus...sekurang2 nye xmembazir.....pnah jg jmpe tmpt mcm gitu....hehehe

jaya jr said...

haha,makan tempat2 camni klo takde kamera tak sah..kui3..

Cikgu Fikri said...

cam kenal jerk SEOUL GARDEN tu..
di MP kah?
huhuhuhuh :)

iDa said...

waaaaa.dh r tgh lapoooo niiiii.....

sukahati kening la pintal2 kening~ said...

wah..bestnye=)
sekali masuk berape hinggit ye?

Aida Azryn said...

lama tak p melaka...

amna said...

bestnya steamboat =.= huu, lapar~~

Bulan said...

teringin nk pegi tp xpenah lg p.slalu dgr cite kwn2 je yg pegi

cik fza said...

mcm menarik.
xpernah sampai situ lg.

Zura said...

penah pegi sekali je kat One Utama....sapa kuat makan mmg berbaloi2 makan kat sini..

tyka chou said...

erk.
kene abes kn br bole balik?
payah tu,,,=,='

Jαnnαhツ said...

esok jugak nak pegi.... huhu