Single life.

As-salam..

#Day9 ~ Your current relationship, if single how single life is.

Masih meneruskan 30 Things in 30 Days Challenge. Pehhhh! tajuk kali memang buat aku sesak nafas jap.  Ramai kawan-kawan nasihatkan supaya cerita lama usah dikenang, namun banyak pula mengingatkan aku tentang kisah lama.  Ada yang like my pic masa ngan kapel lama dulu dan juga gambar-gambar lama masa sedang bahagia dulu. Sampai satu hari tu memang air mata yang dah agak lama tak membasahi pipi ni turun dengan lebatnya.  Kenapa? kenapa? inilah dugaan kalau berpisah dengan orang yang telah lama disayangi.  Semuanya ingat dia kan.  Tapi alhamdulillah, keadaan sekarang makin tenang dan aku semakin ceria menjalani hidup. 


Mestilah aku single lagi. Cik Emieysandra okai.  Not married yet but not available lorh.  ha?? sal not available tu kita tak payah citer lagi ea, kita cerita pasal single dulu.



Bila kembali single ni..

~Semua kerja cepat je siap.  Tak de kerja cari kerja. Paksa diri buat kerja sampai kul 2, 3 pagi sebab nak elakkan dari pikir sedih-sedih, menerawang berjiwang-jiwangan, hati pun akan terusik dengan kenangan silam.   



~ Kalau suruh berlari 2.4km pun aku angguk je, bereh.  Penat lagi baik dari melayan hati yang sakit dan terseksa ni.  Bila penat, boleh la tidoq puah-puah.



~ Of course kredit tak banyak habis sebab dah jarang mesej dan nak gayut tiap-tiap malam sebelum tidor.  Tapi kan, sekarang penggunaan kredit dah naik sikit lorh..hah, pasai apa tuuu. :P



~ Hari-hari makan bubur nasi otomatik siap. sob sob..makan nasi berulamkan air mata.  Mujur la sekarang da makan nasi wangi membunga daa dan mula la dalam hati ada kebun bunga derr :P



~ Hati cepat je sensitif bila tengok orang lain sedang bahagia dengan pasangan masing-masing.  Namun, aku mendoakan semoga pasangan yang sedang berbahagia sekarang ni cepat-cepat la bersatu.  Adik yang sorang ni, dah ada angan-angan mau langkah bendul ngan 'akak' ni yer.



~ Sekarang jugak dah takde hati nak beli blause yang cantik-cantik ataupun weges yang lawa-lawa.  Bila tengok blause atau weges cantik mesti akan spontan cakap 'erm, buat apa beli..dah tak boleh dating pun'. Aku memang jarang hang out melainkan dengan dia, kalau kat Kelantan la.  Kalau kat Melaka ni, susah sikit la mau pakai vogue vogue untuk keluar.  Sebab tu la aku pikir macam tu.  Dah ar, lepas ni kalau ada kapel kena kurangkan masa bersama, lagi baik kan.  Jumpa selalu bukan elok pun, baik dok umah tingkatkan kemahiran untuk menjadi suri rumah. kan kan kan..*kalau setuju sila la angkat tangan macam shayer~usop wilcha.



~ Ramai yang ngorat.  Pehh! ayat tak beragak, perasan kemain kan.  Bakal suami, jangan la risau, aku jenis yang akan setia pada sorang je.  Tak kose nak main kayu tigapatpuloh, kayu besbol mahupun kayu hoki,  menambah atom-atom negatif ada la.  eh..bikin pusing ajer. haha. Kisah yang best, kena ngorat dengan lesbO.  tak kisah la kalau dia pun baca blog aku ni, mai aku nak tegaskan yang ' I'M STRAIGHT, I'M OKAi ' tak payah nak mmuah mmuah kat bibir dan pipi i..sebab sume tu hanya menegakkan bulu rom* idung untuk menggeletek kegelian.  Tak dok feeling apa pun. Sory u. 



quote luahan hati. Apa pun, untuk dihormati haruslah bermula dari dalam diri kita dulu  :)



daa..
adioos!

16 comments:

Cik Ezy said...

single mmg best..
cik ezy dabel tp cam single jgk..
baek single je..
hahakk

Encik Psychopath said...

kata2 menjaga hati sendiri.

takpe.

jaya jr said...

haha..bab-bab hubungan ni rilek2 je..mase yang menentukan..klo dipikir sangat tak brape nak bes pon

Zura said...

alahai sedihnye...xpe emiey..memule mmg cm tue..lama2 okey...akak pun dah alaminye... :)...ceria2kan dirimu...

cik hani said...

hidup single mmg menyebabkan keje2 cepat siapppp..

setuju//

ruby bieha said...

yg pasti, insyallah jodoh cik akk lebih awl dr cik adik ini..wing3 x moh sedid2.. still cun..stay cute

Cahaya Kehidupan said...

owh,tak sangka awak dah single,takpelah amy,ada hikmahNYA,sebab Allah tak pernah kejam,jika kamu dan dia ada jodoh tak ke mana,jika tiada,mungkin ada better person dari dia untuk kamu dear..stay strong ye dear...

^_^

maCy said...

single is seriously okay. but i cnt stand of losing alang anymore. hik2

.Am-OH-Am. said...

single best apa. boleh usha-usha laki secara bebas! hihii.
p/s : insyaAllah jodoh ada ditanganNya. :)

sherah said...

adui 30 days challenge pon tak abes lagiXD

Heidi Shafiq said...

pasti ade yg terbaik utk ko.. :)

Woofer Storm said...

jika bercinta itu boleh mbuatkan dirimu terasa bahgia,teruskan sahaja..

Aida Azryn said...

hehe.. aida selesa single wat masa skrg. :)

Ain Zulaikha said...

betul tu jangan ingat kisah lama, nanti sedih nangis2 kan susah.. takpe, pengalman is pengajaran :)

apik pehe said...

owoh mek..kumbang bukan sekuntum..hehehe..banyok lagi kumbang lain..ado hok kulit sawo matang,ado hok kumbang ensem..hahaha

(=budak c0m0t=) said...

saya suka baca entri awak. . .bez. . .sorry but jujur saya kasi tau. .saya suka baca entri pasal love story awak lha. . .tp satu hari. .(dh lama saya x bukak. . .saya cari entri tntang love story awak ngan dia. . .tp x de. . .rupa-rupanyanya. . .its over. . .sory ayat mcm kejam kan. . .?
sekali lagi sorry. . .tape lha. . .asal awak bahagia with lovely person now. . .saya akan still baca story awak. . . .=3