Luahan Hati : Cinta

As-salam..

Mata dah ngantuk tapi jiwa ni masih kental mahu menulis lagi.  Yela, gunakan sebaik mungkin masa lapang yang ada sekejap ni untuk fokus pada blog kesayangan, esok kan cuti sempena Melaka.  Lepas ni akan sibuk masuk kelas dan belajar seperti biasa.  Beberapa assignment sedang tunggu untuk disiapkan, huh..satu habuk pun tak sentuh lagi, nanti malam sebelum due date, mula la mempanda kan mata.  haha..dah camtu la style student sekarang, eh..mungkin aku je. =.='


Bulan ni sangat tough bagi aku. Menghadapi cabaran sebagai guru praktikal, dengan kerja yang bertimbun, fizikal dan mental memang penat la dan juga menghadapi satu masalah hidup yang agak biasa pada masa sekarang iaitu PUTUS CINTA.  Aku dah biasa putus cinta ni dengan orang yang sama seperti sekarang. Okey, mungkin orang akan cakap nanti sambung balik la tu.  Putus sambung pun agak biasa sekarang ni kan. Dan aku lak namakan cinta chipsmore, kejap ada kejap takde Tapi kali ni aku dah betul-betul nak lupakan kenangan lalu dan terus melangkah sambil tersenyum :) 


Setiap hari aku ingat 'dia' dan kadang-kadang menangis dengan apa yang terjadi.  Ya, aku takkan halang air mata ni jatuh kerana itu saja lah cara untuk aku meluahkan rasa yang sukar dimengerti oleh sesiapa pun.  Bila bercerita kepada teman baik juga buat aku menangis kerana aku nak bagitahu 'dia' dah tak sayangkan aku, tapi itu bukan..'dia' sangat sayangkan aku.  Mungkin kerana sayang dia buat aku begini dan kerana sayang juga aku terima semuanya ini. 

~Dulu, kita bertemu dan bahagia~

Cinta pertama yang dulu penuh dengan angan-angan indah kini telah dilitupi dengan awan tebal dan hanya kuasa Allah S.W.T sahaja yang akan merubah kembali sekiranya jodoh kami kuat.  Buat masa ni, aku telah kecewa dengan cinta pertama tapi aku takkan menolak cinta kedua dan ketiga atau seterusnya kerana aku akan berlalu sambil tersenyum, bukan terus menutup kebahagiaan untuk diri dan sekaligus cubaan untuk menutup peluang kepada 'dia'.


Entri-entri bersamanya masih ada di dunia emieysandra ini.  Biar la segalanya berlaku perlahan-lahan, akan ku hapus setelah benar-benar sedia.  Aku juga takkan membenci 'dia' kerana ianya sama seperti menyayangi, yang akan buat aku selalu ingat pada dia dan kenangan kitorang.  Biar la aku menumpahkan sedikit air mata setiap hari untuk menghapuskan rasa kecewa ini.  Aku harap aku kuat melalui saat-saat sukar ni.  Tiada siapa mampu menolong aku melainkan diri aku sendiri. Ganbate! ~_^

Cinta padaNya jualah yang paling hakiki dan abadi.

daa..
adioos!

4 comments:

Woofer Storm said...

usah meminta pada yang tak sudi,ada sebab dia berbuat demkian,mungkin iya ,mgkn tidak...ermmm apapun teruskan perjuangan ke depan,bukan kebelakng..sesekali tak salah pandang kebelakng untuk memberi pengajaran..moga kamu lebih kuat dimasa akan dtang,.insyaallah,doakan bertemu yang lagi baik,orang yang baik,pasti bertemu dgn yang baik..amin3.

**maaf,kalau ada salah silap..sy mnusia biasa,sering menykitkan hati..ampun

Woofer Storm said...

kalau sy kata putus sambung balik ini cuma sia2,kamu percaya ke??kalau time kapel leh putus cinta,then buat 2,3 perkara sama..cuba bayangkan dimasa alam perkahwinan...bercinta berpada2,jika perlu uji dgn sekuat hati,bau tahu dia mcam mana.percayalah,anggap la sy kawan kamu tumpang nsihat apa yang sy rsa patut..kerana sy pernah merasakan..moga ceria dilain hari..

**awk delete je ye komen2 sy,maaf jika mulut sy lancang bersuara...salam...yng penting,anon bukan prinsip sy

emieysandra said...

yup..sy mmg sedar putus sambung tu sia2 dan hanya membazir, baik guna masa tu utk kejar kebahgiaan lain..

~stil publish ur commnt, thnx ats nasihat yg berguna.

NadShaf said...

Ini dugaan dalam hidup.. ada yang datang, ada yang pergi. Cuma, kalau boleh biar yang datang itu tidak pergi untuk sentiasa menemani.

Masa akan tentukan segalanya.. Take care~ :)