Tiga hari dah jadi cikgu!

As-salam...

Fuhhh! 3hari berprektikum..alhamdulillah, aku tak pengsan lagi dalam kelas ;p Tempat aku prektikum ni semua murid pompuan. Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun.  Murid pompuan tak de la nakal sangat berbanding dengan murid lelaki tapi mereka ni ade penuh dengan sikap-sikap kemanjaan.  Gheti dok? camni..asyik asyik panggil cikgu mengadu pasal kawan diorang sentuh mainan ni la, kawan ni sentuh rambut dia la..tak sikit mengadu, banyak kali tu dan dah la orang yang sama je.  Eh..ingat cikgu ni balai aduan ke? *buat muka garang.  Lagi satu, suke nak gesel-gesel kat cikgu lebih-lebih lagi time kena buat lembaran kerja.  SOry, ai takkan tergoda..heh. ;p


Semalam ada sambutan birthday Balqis salah sorang murid prasekolah kat situ.  Semua kawan-kawan die dapat topi, cantik topi tu.  Baik tol mak Balqis sediakan semua tu untuk sambut birthday Balqis ngan kawan-kawan dia di sekolah.


Kawan-kawan tengah nyanyikan lagu Happy Birthday pada Balqis.  Kek tu cantik kan, masa kecik aku tak penah pun sambut bithday dalam kelas prasekolah. Memang la, sebab aku tak masuk prasekolah dulu, tak tahu nape aku yang special dalam kalangan adik-beradik lain.  Diorang semua masuk prasekolah, aku tak.  Sedih gak dulu.  Yela, masuk prasekolah ada macam-macam aktiviti berbanding TADIKA.  Ermmm..takdirnya, sekarang aku dengan budak-budak prasekolah je. =.='


Ini cikgu manjergediks saje nak pose ngan topi murid.  Jangan tengok lama-lama, ada bau masham, ehehe..pakai baju sukan sebab pagi tu ada aktiviti luar dengan murid-murid. ;)


Petang semalam ade perjumpaan kokurikulum.  Jadi, semua cikgu kena ada.  Aku dah siap-siap minta nak masuk BSMM iaitu Bulan Sabit Merah Malaysia dan sukan permainan lak bola jaring.  Aku dah la lama tak bersukan, tetibe kena masuk main lak ngan budak-budak ni.  Mak aih, budak-budak lebih besar mengalahkan cikgu.  Ape yang kamu makan ni? makan tulang lembu setiap pagikah? sasa tol badan kamu ni.  Cikgu ni gigit tulang ayam je. ~lalalaaa. 


Esok aku dah mula mengajar, inilah saat nervous yang paling nervous sampai jantung nak terkeluar ni.  Huh, apa yang penting..sebaik mana pun rancangan pengajaran yang penting kawalan kelas kena baik.  Itu yang penting bak kata pensyarah aku.  Okey la, mau bersedia dengan apa yang patut dulu. Rancangan pengajaran dan juga bahan bantu mengajar.  Ada yang mau tolong nggak? *kelip-kelip mata buat muke kesian.



daa..
adioos!!

15 comments:

Qu azniza ;) said...

sweetnya nhehehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh moga seronok mengajar ye emiey cumil.

cik hani said...

hai cikgu emiey...

selamat mengajar esk..

hikhik

Sam Posmen said...

aih cikgu pun comel macam anak murid juga :)

✿ CikCimi said...

prasekolah tuh bukan sama dengan tadika ke cekgu?
:D

Puan Besar Shag Yahaya said...

Cikgu Emiey. Microsoft Shag rosak. Ada ulat makan. Uhuk ;'( <-- baca dengan nada budak budak tu :P

Wahh~ Makin ramai bloggers dah jadi CIkgu. Bestnya! Boleh panggil Cikgu je lepas neh, kan Cikgu Emiey ;)

emieysandra said...

cimi ~ prasekolah di sekolah, tadika tu tak termasuk dalam komuniti sekolah, jadi ada beza kat situ. Prasekolah dapat peruntukkan kerajaan dan selalu ada aktiviti anjuran.

;)

Cikgu Fikri said...

wah...
untung akak dpt rasa kek tu...
ala, even tak dpt masuk prasekolah pown, kan dh jadi cikgu prasekolah skrg kan?
ader hikmah kottttt..
huuuhhu :)

Cik Ezy said...

comelnye cikgu..
comel cam murid2 jgk..
ekeke..
slamat mengajar esok!
gud luck!

Zura said...

seronok ngajar budak yg baik...

AiDa AzRyN said...

cikgu comel! hehe. :D

Amirrah Zawani said...

sy pun tak penah sambut bday kat sekolah.. mcm best je jd cikgu ni.. tp kalo budak2 asik mengadu kdg2 rimas gak kan.. hehe :D

HaNa HoNeY said...

slamat pagi cikgu
hahaha
best betoi sambut beday ngan kawn
lame xwat dah
^_^

Qaseh dalia adelia said...

beznye jadi cikgu ajar budak2 .. banyak kenangan boleh di kutip

chenta said...

hai cikgu emiey...

dulu cita2 nk jd cikgu gak.tp x kesempaian.hukhuk

selamat mengajar yea...