nasi perfect, sardin je tawar..

As-salam...

Pagi ni ingat nak mulakan hari dengan berblogwalking, lepas dah buat kesalahan TERbesar seorang pelajar.  kadang-kadang kite kena buat salah jugak, jangan asyik nak sempurna je..bosan LOL ;p.  Aku pilih yang utama dulu la, update my blog dulu la.  Aku ni nak citer banyak, tapi masa je tak mengizinkan aku menaip mesra di sini.  dah dah, sekarang dah boleh kan. *cenyum.


Ada la satu hari tu, aku tengok status kawan aku.  Shian tol, die tanya siapa yang boleh ajarkan die masak nasi dan juga sardin.  Kawan aku lelaki okey.  Dan aku sebagai seorang pompuan sejati, pun katalah dalam hati, 'kacang jer tu' *muke berlagak okeyh, mentang-mentang aku lulus dengan jayanya masak dua perkara tu.  Hei, masak nasi tu asas bagi seorang wanita.  Kalau tak reti, camne nak pikat perut suami dan menjadikannya makin boroiiiiiiiiiiiii...;P


Aku pun mula la chat ngan member aku ni untukkan tunjukkan cara masak nasi dan sardin tu.  Kenapa aku baik sangat nak tolong? sebab aku juga seorang kawan yang baik dan prihatin terhadap kesusahan kawan *sory eh, angkat bakul sendiri, sebab kalau tak bagitau, orang tak tau. sekian.


Apa yang aku bagitau?
Kalau nak masak sardin, kau tumis je bawang putih dua tiga ulas.  Bila dah naik bau, kau letak air sikit je, pastu campakkan satu tin sardin tu.  Tunggu masak. Siap.  Kalau nak sedap, hiriskan bawang besar dan campakkan juga dalam periuk.  

~ini resepi simple untuk orang bujang.


Untuk masak nasi lak, kau basuh beras dua tiga kali, pastu letakkan air tu sama paras ngan tinggi nasi.  Err...camni nak gtau ni.  U all paham tak, aku nak gitau ape.  Susah tol bila chat je kan.  So, dengan pintarnya aku pun gitau die suh tunggu jap, nanti aku lukis gambar. Wow! aku pun terkejut, aku nak lukis gambar camne nih.  Bukak la paint, then cuba lukis periuk..apsal periuk bujur ni, lukis la semula.  tak sampai lima minit, dah siap!

ni gambar yang aku hantar melalui mesej inbox.  Huduh benor lakaranku ini, tak pe..janji mesej yang nak disampaikan tu sampai kan.  Yes3..die memang paham, dan aku dah berjasa kat die hari tu sebab dah buat die kenyang. Buktinyer..

 

Aku risau kalau die tak menjadi masak nasi tu, rupanye sardin lak yang tawar.  Aku sepatutnya tak yah bagitau suh masukkan air kot.  Alamak, salah resepi k? tapi bese letak air sebab nak banykkan kuah, jadi kena la tambah garam sikit sebagai perasa. kan kan pompuan.


Malam ni naik bas, untuk balik kampung.  Dok umah, leh masak-masak.  Yes, balik nanti kena rajin-rajin kalau tak, takboleh kaf alif wau nun...~lalalalaa


daa..
adiooss!

11 comments:

najihah sahami said...

ehemm..emiey pndai masak x?hehehee

Zura said...

kalau nk pedas letak cili api...biasenya akak kalau masak sardin xletak air..kalau nk basah kuah sardin tue dah cukup...tp biasenye ambik ikan je..sebb suke buat sambal...

emieysandra said...

tu r pasal, mcm dh salah resepi lak, suh die tambah air..simple utk mknn org bujang je..huhu

zuk zuhaiza said...

ouh, macam tu ke masak sardin..tak pernah masak sardin..makan ikan fresh je..huhu

AiDa AzRyN said...

nak balik kampung dah?take care ya dear! <3 :)

Cikgu Fikri said...

HEHEEH..
mfiq suka makan sardin masak asam pedas,
sardin masak kicap dgn sardin masak lemak cili api..
akak pernah mkn?
huhuh :)

anyway,
kak, thx sbb support fiq dlm entry lepas.. :)

Wan Gerrard said...

orang bujang kalau masak x sedap pun bedal je :P

cik hani said...

masak ni kalu expert pun kadang2 buleh gak masakan xmenjadi...

tgk nasig gak kdg2..

sardin tawar sebab xmasukkan garam ekk..

lagipun tgk ats brand sardin gak...

skandaLdariLangit said...

ai kak. balik rumah da ;)

Encik Psychopath said...

call la mcd delivery.

cik pulau said...

cik pulau tak suka makan sardin plus cik pulau tak reti nak masak..


psstt.. balik kelate ko???
bestnyo.. huhu