Hujan..mengimbau memori kanak-kanak dulu

As-salam...


Tempat aku ni tibe-tibe hujan. Kat Durian Daun, Melaka.  Dah lama tak hujan, tol kan? *isau lak kalau aku tak prihatin pada cuaca nih.


Dari tingkap bilik, aku pandang ke luar..Subhanallah, cantik pemandangan ciptaan Allah ni.  Bila tengok , terfikir betapa besarnya kuasa Allah S.W.T yang menciptakan hujan ni.  Okey, terus pikir nak tidor, bestnyer.



Aku teringat zaman kecik-kecik dulu, ala time aku kecik lagi dari sekarang ;p. Bila hujan jer, terus berlari ke luar rumah, mandi hujan..yeay yeay * menyanyi-nyanyi supaya hujan makin lebat.  Ah, riangnya ketika itu.  Tak memikirkan sebarang masalah, tak memikirkan sebarang komitmen. Bila ma perasan aku main hujan, terus ma panggil balik dengan muka garang.  Aku pun buat muka tak puas hati.  Masuk rumah hentak-hentak kaki tanda protes.  Ma marah sebab sayangkan aku, tak nak aku jatuh sakit. Masa tu tak faham lagi, sampai ke malam tak nak makan, konon-kononnya mogok lapar.  Ma buat tak hirau dan aku mula fikir ma tak sayangkan aku.  Yela, nak seronok-seronok main hujan pun tak boleh, bila tak makan ma buat tak kisah jer.  Padahal, ma dah tahu kalau dah lapar, pukul dua tiga pagi pun mesti bangun untuk makan dan ma sebenarnya dah simpankan lauk. Lepas ni, kalau aku jadi ibu pun aku takkan biarkan anak-anak (lebih kurang 10orang je) aku main hujan.  Tak nak diorang jatuh sakit, bukan malas nak jaga tapi tak nak kesayangan kita menderita bila sakit, tol tak?


Pernah sekali masa tu hujan batu. Jarang-jarang tau hujan batu ni turun.  Time tu, kitorang gembira sangat.  Sebab tak pernah tengok hujan batu ni.  Titisan air hujan jatuh bersama batu yang macam ais tu, batu tu macam-macam saiz ade.  Masa tu, ma pun tak bagi aku dan adik-adik lain bermain hujan dan ma sendiri yang pergi ambik batu tu untuk kitorang rasa.  Rasa macam air biasa cuma sejuk dan lebih lambat cair dari ais.  Tengok, betapa seorang ibu cuba melindungi anak-anaknya.  Apa yang dilakukan oleh ibu bapa sebenarnya untuk kebahagiaan dan kegembiraan anak-anaknya.




Hujan dah berhenti, Melaka kembali panas 
=.='
niat untuk tidor tetap akan diteruskan. 


daa..
adioos!

2 comments:

M a W a D D a H said...

wahh...tak pernah lagi tengok hujan batu...ade gambar x? hehehe

kat sini baru hujan..lambat skit..:)

AiDa AzRyN said...

yeah! silakan tidur.. :P