Tips membaca tutorial dengan berkesan.

As-salam...


Aku sedar ramai yang menggunakan tutorial yang aku buat ni.  Kebanyakkannya rakan-rakan sekelas sendiri.  Bangga jugak bila apa yang kita buat sungguh-sungguh mendapat perhatian dari orang yang rapat dengan kita, betol kan? *angguk-angguk jangan geleng-geleng..gud!



Tapi, sedih sangat bila ada yang mengadu yang dia tak boleh ikut tutorial yang aku buat.  Dia mengaku dengan jujur yang dia susah nak faham tutorial.  Oh..bukan tutorial aku yang dia tak faham tapi mendenya tutorial tu yang dia tak boleh faham, i mean dia susah nak ikut tutorial kat mana-mana blOg pun..hahahaha, nasi baik hati aku ni tak terburu-buru untuk terasa hati. Biasalah sensitip kalah pokok semalu iteww!(gediks terlebih lak). Eh, tapi kalau tutorial aku susah untuk u all ikut, sOry tau..insyaAllah, aku akan cuba perbaiki kelak.


Jadi, kali ni aku cuba untuk memberi tips bagaimana nak baca tutorial dengan berkesan, bukti berkesan itu bila dapat diaplikasi pada blog u all la :P Chup2! Tip-tip ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja mengikut pemerhatian aku plus ikut jejari je tekan-tekan..~lalaala

1) Baca bismillah kemudian bernawaitu aku nak ikut tutorial ni dengan baik untuk mencantikkan blog sendiri tanpa meminta tolong dari orang lain.  Dah.


2) Cari langkah 1 dulu dalam tutorial tersebut.  Nampak je nombor satu, mula baca perkataan-perkataan tu dengan jelas dan terang di hati.  Sampai la ke langkah terakhir, jangan buat separuh lak, tak menjadi la cik kak oii!..Dah.


3) Bila kita baca tutorial dari orang lain, maknanya kita tak tahu kan? Maknanya kita nak belajar dari tutorial dia kan? Jadi, jangan buat-buat tahu dan baca sambil lewa saja.  Kalau nak belajar buat cara nak belajar kan murid-murid, eh...Tetibe teringat lak satu perumpaan "Sebelum masuk ke dalam dewan kuliah, jadilah seperti cawan kosong ibarat tidak tahu apa-apa dan masuk ke dalam dewan untuk mengisi ruang kosong itu dengan ilmu.."


4) Kalau tutorial tu ada menyediakan gambar, bukak la gambar tu.  Penat-penat je orang tu buat print screen dan upload gambar untuk buat u all faham.  Tak nampak ke usahanya untuk tolong u all tu?fikir-fikirkan la..haha


5) Apa lagi yep? ermm..pastikan coverage anda sangat laju, baru la takkan ada tekanan perasaan dan juga sifat putus tali asa! ~haha, takde kena mengena pun.

~tengah tolong dak sorang lagi tu mengedit blOgnya~


Pilih la blOg tutorial yang u all rasa menarik dan mudah untuk difahami, baru la dunia blog ni lagi enjOy!  Pada yang memilih tutorial di blOg ni, terima kasih banyak-banyak kerana itu yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk buat tutorial.


Satu peringatan yang tak de kaitan : blogger yang buat tutorial tu manusia biasa jugak dan bukan robot ye adik-adik abang-abang kakak-kakak sekalian, jangan request nak terus ditunaikan.  Fikir-fikirkan lah.


Psst : baca tutorial melatih u all membaca arahan jer, kacang je kan. :P

daa..
adiooos!

15 comments:

maCy said...

ad pic kak ruby. ble na ad pic macy? grr..

macy kn kak. bukan ta baca tutorial, tp dah ta larat dah. musim mekap blog da brkhir. bz da.. uhuk3

GreenLava said...

Assalamualaikum,
Nak tambah no.6 boleh?
6) Sebelum bertanya, baca dulu komen-komen terdahulu sebab jawapan mungkin ada kat situ.

Thanks :)

Anip™ said...

bgus tips nie, kadang2 org nak baca tutorial trus tgk point2 jer, xde nak bace semua sbb tu tak paham, apepon mulakan dengan bismillah. =)

emieysandra said...

ek? dah banyak ler gmbar ng macy!
;P

emieysandra said...

siyes lak greenlava ni, ermm..tol gak tu..tQ!

YUL said...

selalu jugak bce2 tutorial emiey kat sana, ada gak yg yul gunakan. hehehe

princeduyong said...

susah nak puaskan semua orang... :)

twinkle twinkle said...

huhu suke bace perumpaan tu :D

cikgu ainura said...

wah, teara gitu.. nway,thkz a lot tau.. make over blog akq... nice.. akq suke...=)

http://cikguainura.blogspot.com/2011/02/masuk-spa-kecantikan.html

AiDa AzRyN said...

kacang je kan?huhu.. ;p

Puteri Iqa Izyan said...

huhu.beyse lah. bukan sume tuto leh phm.
kdg2 sy byk usha2 tuto.
then pilih yg sonang nk phm :D

Cikgu Fikri said...

cemerlang lah entry akak kali ni...
kdg2 org bcer point jerk..
bukan nk tgk btol2..
huhuhh :)

.::. revolusichinta .::. said...

ok..terima kasih cikgu :)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Setakat ni, semua tutorial yg Shag nak boleh di baca dan di pahami dengan senang :P Alhamdulillah

Wan Gerrard said...

hehehe sila baca arahan satu per satu, tu je :P

Menanti Torres di Chelsea
Musim Perpindahan dah selesai, Liverpool?