Rumput yang paling cantik.

As-salam..

Pada suatu hari seorang murid bertanya pada gurunya ketika itu gurunya sedang mengajar erti kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh.  Kamu pergi ke padang, kemudian kamu berjalan di atas rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.  Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi, masa saya berjalan. Saya carilah rumput yang paling cantik.  Memang ada banyak yang cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.  Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.  Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumpur yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.  Maknanya apabila kita telah telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.  Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.  Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.  Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.  Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.

Awaklah rumput yang paling cantik, saya takkan tinggalkan awak di belakang. Awak yang paling saya sayang dari dulu hingga sekarang.

15 comments:

cikgu ainura said...

jgn biarkan rumput itu layu... dan tinggalkan kita buat selama-lamanyer

SURIA AMANDA said...

nice....

ruby bieha said...

jg rumput tu baik2 sebelum beranjak

maria_m0hamadiah said...

hehe.. betul2.. saye suke cerita ni..^_^

Puan Besar Shag Yahaya said...

Gambar tu macam untuk filem Korea je. Hakhak :P

SI COMEL CERIA said...

fuyooo... fewittt...

Amirrah Zawani said...

best2..
dah jumpa tu jgn nak cari lain dah.. :D

Bella said...

i like diz story..:)

Zura said...

entry tuk cik abang sayang erk..

Anip™ said...

banyak pengajaran daripada citer nie. hehe

BLOG GEMPAKZ SIOT

shameel Iskandar said...

Menarik entry ni Amy. Manusia mmg macam tu, gagal menilai apa yg dimiliki dan sentiasa ingin memperluaskan pemilikan.

Saya teringat cerita kelkatu yg kepatahan sayap kerana menyerbu lampu. Kelkatu tinggalkan dunianya yg gelap lantaran tertarik dgn cahaya lampu. Akhirnya kelkatu kepatahan sayap dan terpaksa merayap utk menghabiskan sisa-sisa hayat kerana lampu. Kelkatu lupa dunianya di dalam tanah adalah lebih baik untuknya berbanding lampu yang mempersona. Saya ada tulis cerpen berdasarkn kisah kelkatu ni dalam majalah ningguan wnaita(terbitan karangkraf dan disiarkan pada 1-7 januri 2010
http://www.bicaradariaku.com/2010/01/puteri.html

Bluewendy said...

sgt sweet~ yup..hargai lah dia sblom kita kehilangan nya..=)

YUL said...

macam pernah ku baca, tapi kat mana ya, lupa lak, hurm, cerita yang sangat menarik, ada pengajarannya sekali,

emieysandra said...

yup..citer ni dh common but sgt sesuai dgn situasi emiey skg..

:)