Sibuk buat persiapan.

As salam....

Sibuk pulak bila nak menghabiskan cuti ni.  Agak-agak aku sibukkan ape yer? ermm..kesian pulak bile ade member-member ingat aku sedang buat persiapan tettttt K mahupun T..ehehe. Memang la ini musimnyer, tapi don't wait for me yaa.


Sebenarnya sibuk menyiapkan baju kurung, sebagai persiapan untuk praktikal.  Baru-baru ni ade beli dua pasang kain, ma yang kebetulan nak jahit baju sekolah adik, tolong jahitkan jugak untuk aku.  Actually nak buat sendiri sebab dah lama tak jahit baju, rindu gakk tapi ma macam tak kasi can je aku nak duk depan mesin jahit tu.  Ma pun minat menjahit, like mother like daughter, rite? =)  Jadi, aku just akan jahitkan bahagian yang kena jahit dengan tangan.  Lepas tu, hobi baru aku juga ialah menjahit manik di lengan-lengan baju.  Sebenarnya nak buat sebelum ni lagi, tapi kalau masa belajar mamang takkan buat sebab banyak perkara lagi yang digesakan.  Masa cuti yang elok lagi bahagia ni la waktu aku membuatnya.  Berbekalkan manik yang ada, tekun la aku membuatnya di lengan baju baru dan ada beberapa baju kurung yang elok lagi aku tambahkan sikit.  Bila dah menjahit ni, memang rasa gian jugak tau..aku la >_<"


Tambahan pulak, internet yang hangin sikit dengan tuannyer ni.  Sangat-sangat lembap, nak berfacebooking pun tak dapat, berblogging apatah lagi.  Btw, semoga ceria-ceria semuanya. Bagi kawan-kawan yang baru melangkah ke alam perkahwinan semoga berbahagia dan yang sedang membuat persiapan ke arah itu..semoga berjalan lancar. amiiin  =)


p/s : berjuruhnyer aku kali ni, entri tanpa gambar yang mencelah. nice nice je view entri ni >______<"

menghitung hari-hari bahagia :P

As salam....

 tempat terbaekk mengira detik-detik dalam hari hari terakhir cuti ni. 
tengok la, punyer susah nak atur ayat. ehehe =)


Cuti dah nak berakhir.  Cuti bagi sesiapa pun indah, tapi kalau lama-lama memang akan membosankan sebab kita ni manusia yang bukan robot untuk di-set supaya duduk je kan.   Jadi, aku pun dalam dilema nak gembira ke tidak untuk hari-hari terakhir cuti ni.  Tapi bila memikirkan setahun je lagi untuk meneruskan perjuangan belajar di kampus tercintaaaa maka hati ini dihappy-happy kan jua.  Makin cepat masa berlalu makin cepat masa yang ditunggu akan tamat, tol tak?  Walau apepun, kena la get ready dengan ujian serta liku-liku yang akan dihadapi.  Ya Allah..moga aku tabah mengharungi semua tu =)


p/s : kejayaan hanyalah sebagai ukuran dalam mengharungi rencana hidup ini ^_^

saya nak jadi puteri awakkk

As salam....

Aku suke berangan, dulu masa kecik-kecik suke berangan jadi puteri.  Kalau main pondok-pondok, nak jugak jadi puteri..nak jadi puteri jugak, walaupun ada anak yang puteri jugakkk =.='  Lama-lama bila dah besar sikit, ma pun bagitahu yang maksud nama aku Amirah adalah  ketua puteri.  Kembang semangkuk la time tuuu kann, hikkss.

 
cer tengok kesan hidung kembang. uhuk3.  tapi kan...tapi kan...saya nak jadi puteri awakkk, cukuplaaa  >__<"

Pagi tadi, temankan ma dan makcik pergi kedai beli perabot, my kazen nak kawin.  My kazen tu baru berumor 19tahun.  Bila masuk kedai tu, ofkos la terjalin kemesraan dengan taukey kedai cina tu.  Taukey tu asyik tengok aku je, "nak pilih katil mane ni mek??" tengok aku..."nak pilih almari mana ni mek?" tengok aku lagiiii. haihh.  Bila ma betulkan, die siap mengusik aku lagi. haiihh, bakal pengantin la yang patut kena usik >____<"   Tapi kan yang best, sempena Krismas ni die bagi diskaun kaw kaw..Mekasih la auntie!


p/s : di mukabuku hari ni, asyik berkait dengan kawin je, harap teman-teman tak salah faham, aku cume eksaited nak dapat sepupu baru yang jugakk teman sepermainan dulu, ajaib kan cinta.  Moga jodoh mereka berpanjangan kelak, amiin.

merah tanda cinta

As salam...


Dah lama tak ambik gambar pasport ni, tapi untuk buat lesen kan kena ada gambar pasport, maka terhasillah gambar di bawah.

opps..merahnyerrr 

Susah kot nak dapatkan gambar ni, kena teleng sikit..kena ke kiri kanan, macam nak photoshoot lak ngan uncle tuu dah nak buat camne, kepala aku ni memang dah terbiasa dok senget-senget =.= Pape pun, hasilnyer sangat puas hati.


p/s : sekali lagi tajuk entri mengada :P
SELAMAT PAGII. HOHOHO ><"

suke die bila....

As salam....


Ade member tegur..untunglaaaaa, ade pakwe yang baik.  tapi kan, aku rasa lebih untung kalau ade suami yang penyayang. Tol tak? maksud aku, suami tu kan kekasih halal..lagi best kalau nak rasa untung =)


Psstt : jangan nak komen suruh aku kawin cepat lak =.='

H.A.P.P.Y

As salam...

Walaupun penat tapi masih ingatkan blog, sedih ditinggalkan tak berupdate..meh la mempersilakan aku mengupdate dengan jayanya =)


 se silau se sepet :P

  bertiga lebih baekk..berama-ramai lagi meriah! 


 se senget se cengeng =.="
..
 Keputusannya :  kau dan aku se hati se jiwa ^______________^


Syukur Ya Allah.  Kebahagiaan ini datang dariMu, sebagaimana Kau layak memberikan derita kepada hambaMu ini. Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaMu.

p/s : bergegas untuk merehatkan anggota-anggota jasmani, rohani biarlah terus hidup dengan rasa bahagia ini =)

Bicara Cinta

As salam....

Dah lama tak bicara tentang hati yer wahai si penulis blog dunia emieysandra,ehehe..bermonolog dalaman pulak.  Let's begin... 

Cinta tu sesuatu yang indah, semua orang sukakan sesuatu yang indah dan ingin memiliki sesuatu yang indah.  Bila dah indah, mestilah nak yang abadi...kekal selamanya, sudah pasti cinta berlandaskan agama adalah jawapannya =)

Masa mula-mula menerima insan yang kedua mampu mengetuk pintu hatiku, kugabungkan nama indah.  Rizmyra Azzalea.  Riz adalah singkatan namanya..Myra pula singkatan nama sebenarku.  Azzalea pula bermaksud abadi.  Fariz + Amirah semoga kekal abadi  (Rizmyra Azzalea). aminn.  



Semuanya indah, biasalah di awal percintaan..kehadiran bunga-bunga cinta tu tidak dapat dinafikan.  Namun, hampir sembilan bulan bercinta dan mengenali hati masing-masing aku rasa keadaan itu masih sama..bunga cinta tetap hadir walaupun dedaun kering juga kerap datang bertandang dan alhamdulillah kitorang masih mampu menepis dengan harum mawar indah =)


Aku rasa semuanya masih sama..kehangatan cinta itu.  Meskipun kini perasaan aku diduga dengan kehadiran insan pertama yang pernah memberikan cinta indah di suatu masa dulu.  Hadir menawarkan kembali cinta dulu.  Mestilah aku takkan menerimanya.  Alasan cukup jelas dan kukuh semuanya disebabkan perbuatannya dulu.  Berkali-kali aku menerimanya dulu, berkali-kali die ranapkan perasaan aku. Cukuplah..aku dah serik.



Fariz pula tak pernah menghampakan aku.  Malahan, die akan sedaya upaya ingin membuat aku bahagia.  Syukur Ya Allah, kerana temukan aku dengan insan sebaiknya.  Namun...dugaan buat RizMyra masih belum berakhir.  Aku hanya mampu redha dan pasrahkan semuanya pada takdir Ilahi.


p/s : ampun ya..entri agak kejiwangan tapi inilah bicara hatiku mengenai CINTAKU >_<"

tiga wanita TERcantikkk!

As salam...


Tentunya tempat utama dimenangi oleh my mom, Puan Maznah Mustapha.  Ma juga sangat kasih dan sayang kepada Ryan. bertuah Ryan, semua sukakannyer =)


this is my adik perempuan la.  Masa ni main mekap-mekap, ni yang best kalau ade adik perempuan.  Dengan berbesar hatinya aku telah berjaya menunjukkan kreativiti dari segi mekap dan tudung. Biasa saja, nama pun main-main kan :P

Sebelum terlupa, tomorrow is her birthday!! 
Happy Birthday, moge sukses di dunia & akhirat ye dik ♥


opkos la dekNis pun termasuk dalam carta.  Kesian die, demam tapi kalau nampak kamera..cepat je posing =)


p/s :  cantik itu subjektif kann, so i choose them untuk menyandang gelaran  Tiga Wanita Tercantik di Dunia Emieysandra..pon boleyh >__<"

di kala kesepian

As salam....


Inilah Ryan sekarang.  Dah besar..lebih kurang separuh tangan aku.  Hidungnyer mancung, mata dah boolat.  Beratnyer pun dah terasa, kecomelan turut terserlah tapi tak tahu camne nak tunjuk kat korang, aku hanya mampu merakam di kotak minda je.  Kamera ada, tapi..entahla..nak habaq pun tak gheti =.='



p/s : entri pendek-pendek je dulu.  semangat berblog entah lupe dah letak mana =.='  kan dah TERbuat pengakuan jujur >_<"

hijau tenang

As salam...

Agak lama jugak menghadap lappy ni, bukak facebook..cari bahan berkenaan prasekolah sikit, tak terpikir langsung nak update blog, huh..memang rasa nak sekeh-sekeh kepala sendiri ni tapi apakan daya kalau sakit aku jugak yang kena tanggung nanti =.="

Ingatkan xde cerita nak di story mory kat sini, tapi rupenyer ade..geram gak kat diri sendiri yang telah mengabaikan blog sendiri ni >.<"  Okey..okey..meh nak story, zaaassssssssssss!


ceritanya yang dipendekkan, aku selamat berbahagia bercuti di Gunung Kinabalu Santubung...=.=" okey2, tipu..ini kawasan sawah dekat ngan rumah aku.  Cantik kan, pemandangan hijau di kampungku yang sungguh tenang. 

pergi mana-mana pasti takkan tinggalkan si Ryan ni...tengok, badan iyer dah besar, tengoklah tangannyer tuu, Ryan pun dah pandai tunjuk perasaan sekarang ni.  Okey2, next entri aku akan cerita pasal Ryan ni pulakk.  Abaikan yer muke gadis kampung yang sememeh je ni :P


p/s : teringin nak edit-edit touch up blog tapi masa, line tenet, kebizian yang tak mengizinkan..takpela paling kurang pun nak tukar header je la nanti =)

baik-baik sayang =)

As salam...

MAAF..dah lama tak mengupdate blog kesayangan ni, blog kawan-kawan blogger juga dah lama tak dilawati kerana seronok menikmati cuti, hehe :D  Kalau online pun dengan handset dan dok mengupdate status facebook je la, sambil tengok tv, sambil bagi makan kat Ryan dan jugak waktu itu mungkin sedang meriah berkumpul bersama keluarga tersayang. 


Sebenarnya juga hati ini diusik oleh sesuatu, rasa putus asa.  Ermmm..beginilah, kalau diduga cepat je lemah semangat kan.  Tapi, bila aku fikir-fikirkan balik aku pernah merasa bahagia, tersangat bahagia sehinggakan aku tertanya sendiri bagaimanakah bentuk dugaan yang aku akan dapat lepas ni.  Nah..inilah dia.


Bak kata ustaz dalam cerita 'Tentang Dhia'... "Allah takkan menduga kita kerana Dia sayangkan kita".  Kata-kata ni buat hati aku rasa senang dan tenang.  Dugaan adalah untuk mengingatkan kita pada Pencipta dan menyedarkan kita bahawa dunia ini hanya pinjaman. 


Duduk rumah keje mengadap tv je la, dan untung sangat kalau tengok cerita yang banyak memuatkan banyak kata-kata nasihat macam "Tentang Dhia" ni =)   Dalam cerita ni jugak ustaz tu berpesan supaya bersederhana dalam hidup dan juga perasaan.  Renung-renungkan dan selamat beramal! >______________<"

semuanya baik-baik  =)

p/s : terlalu bermetaforakah di tajuk entri? ehehe :D

tak nak tengok Ombak Rindu

As salam....

Baru balik mengurut, ingat nak terus fokus pada buku.  Tapi, teringat kat blog.  Aci tak nak update kejap, sat je. hee, aci dop aci..dah update pon :P

Sekarang sibuk yer dok citer pasal Ombak Rindu.  Urmmm..bukanlah hobi aku menonton wayang ni, bukan...tapi entah camne tetiba jadi hobi lak. errr =.='  Buat masa ni kalau nak tonton wayang memang tak boleh sebab kat Kelantan takde wayang. yup, takde.

Lepas beberapa filem ni ditayangkan, macam-macam pandangan yang aku boleh baca baik di blog mahupun facebook.  Ada yang positif dan negatif, itu yang makin aku nak tengok tuu tapi pasrah je la kan.  So, ape lak pendapat korang nak luah kat sini.  Jangan lak nak komen bikin aku jeles, sesungguhnya bersama keluarga adalah saat terindah dalam hidup #pulekkk :P


dok ulang dengar lagu ni :D

p/s : paling aku nak tengok adalah Lisa Surihani yang membawa watak antagonis. tetap comel =). Sory, tak tahu apa dah jadi pada tajuk entri.ehehe :D
mood : ribut taufan rinduu

Kelas. apa dah jadi? =.='

As salam...

Dah lama tak pergi kelas, hari ni pagi-pagi lagi bangun bersiap untuk ke kelas.  Kelas ape? KELAS BUAT LESEN!! =)

Perasaan teruja masih ada bercampur baur dengan rasa lapar dan lemah badan.  Mungkin otak, mata, tangan iaitu organ-organ yang digunakan dalam aktviti kelas terkejut sebab dah lama tak pergi kelas. Ouchhh.  Yang sebetulnya keadaan cuaca sekarang yang bikin aku demam kembali T_T 


cube berpenampilan seringkas mungkin : cardigan, tudung sarung & t-shirt pink (dalam pic tak nampak ) & jeans.


Seperti yang aku update kat status fb, aku jenis takde kemahiran mendengar tanpa berbuat apa-apa. jenis cepat bosan, maka muka buku  menjadi tempat melepaskan kebosanan.  Cewwaah!..Tambahan lak, aku sorang sorang je..lagi la bosan kan. Cewwaah lagik dengan ayat skima ni =.='  Rasanya hari ni adalah hari paling  banyak aku update status fb =)


p/s :  hajat hati nak siapkan menjahit manik pada lengan baju kurung, tapi badan ase lemah ni :(

kesayanganku dicurik :(

As salam....

Kebiasaannya kalau balik kampung mesti jumpe Anis dan Sucee.  Kesayanganku.  Tapi kali ni, diorang tak de.  Mane diorang? mane? mane? Owh..rupenya sebaik je cuti sekolah diorang pun bercuti jugak.  


Haishh....dan orang dalam gambar kat bawah ni pulak yang leh sedap-sedap dok tium peluk Anis. jeles jeles! 


 
meet my little cousins. yup! dua-dua di atas tu.  Manis kan manis macam kak ngahnya ni ler. err =.='


 Dalam gambar kat atas tu, sepupuku jugak.. Mira Amelia, cantik seindah namanya.
 
 dulu Anis dengan kak ngah =)


baru-baru ni die dengan jayanya telah mempostkan entri yang mengandungi kesayanganku dan nenek kitorang, itu yang jeles tu.  So, korang leh visit her blog kt sini =)
 


Tengok...si Anis yang pandai posing ni.  Kat belakang tu my little bro, Akif.  Petang tadi gaduh dengan die, sampai ke malam die merajuk ngan aku.  haha, inilah kerjanya dok rumah, gaduh ngan adik tapi ianya satu kenangan kan =)


p/s : i love my family!!

Teruja!

As salam...

Dah lama aku nak buat benda ni.  Dah lama niat dalam hati..nak jugak nak jugak.  Tapi memandangkan aku belajar kat Melaka dan cuti semester pun kejap je pertengahan tahun lepas, maka perkara ni selalu ditunda.  Tapi tidak kali ni.  Aku dah tak sabar sangat daa.  Semua orang dah ada, aku je tak de lagi.  sob sob sob sedih tau tak? eh eh ehh jangan korang lak yang nangis.  


Apakah perkara yang membuatkan aku teruja sangat? jeng jeng jeng >_<"



~~~~~~~~~BUAT LESEN MOTOR DAN KERETA~~~~~~~~~~~


Umur 22 tahun masih tak de lesen. waaaaaaaaaa :(  Tak pe tak pe..mulai esok aku akan berusaha bersungguh-sungguh =)  


Aku ambik untuk lesen motor jugak memandangkan aku bakal guru dan belum tahu lagi kena posting kat mana-mana.  Kalau kena posting kat pedalaman,  takkan nak bawa kereta kan.   Lagipun, senang nanti apa-apa hal takde kena berharap pada kereta, lesen motor ada jalan je la kan.  


Dalam teruja, ada jugak nervous nye kan.  Yela, macam-macam cerita pengalaman dengar dari kawan-kawan.  Kalau korang ada apa-apa nasihat untuk aku.  Silakan.. i'll appreciate it =)

Wordless Wednesday #18 : penyu tecikk!!

As salam....



p/s : pergi pangkor pun bawak Ryan..malam last kat sana bawa Ryan keluar jalan-jalan kat pantai & pergi kat kedai sekitar situ.  Ada makcik kat kedai tu tegur...

Makcik :  eh..penyu kecik! mainan ke ni? 
Aku :  ha'ah..gerak sebab pakai bateri je ni.

kemain terkejut die bila tengok Ryan bergerak ngan aktif kat tangan aku ni.

Aku : ni yang betul la mak cik :)

I love taman permainan!

As salam...

Hidup sekarang sangatlah lepak.  Urmm...sedangkan masa cuti ni aku dan rakan-rakan dah diingatkan supaya fikirkan tajuk untuk kajian tindakan oleh pensyarah. Adess..camni la jadi nyer kalau cuti, cuti habis-habisan. ye dak? =)

Okey, kita bercuti dulu! Beberapa hari yang lepas, lepas cari barang dan sambil menunggu seseorang, aku dan bff pergi lepak kat taman permainan dulu.  Ini tempat yang paling suka selain ke pantai =) 

ini bff kiteww..asalnyer ramai lagi, tapi sorang ni je yang ade kat kampung untuk cuti bersama-sama. yang lain? ober-C di dalam Malaysia =.='

yeay! suke hati terlompat-lompat bila nampak ada satu ni je buaian yang tapaknya tak berlopak air. err...korang paham tak maksud ayat ni? huhu.  Kalau datang ke taman permainan, konpem takkan lepaskan peluang untuk main buai.  Macam budak-budak? eh..tak lah. buat awet muda jah. aigooo =p

posing ayu sebelum main gelongsor =p

buai laju-laju...sampai negeri cina, aku nak jumpe dengan putera fariz =.='


p/s : paksa diri menaip entri dalam keadaan yang tak berapa sihat sebab tak nak blog ni menyepi .  Sejak balik dari Pangkor, asyik batuk-batuk dan hari ni lak gastrik + demam.  So, u all sila jaga diri dalam musim hujan ni yer =)

selamat pengantin baru, Kak Na!

As salam...

Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada hari semalam dan terutamanya kepada kak Na.  Majlis kahwinnya cukup meriah dengan sanak saudara.  Walaupun baju aku lari tema dan memang kontra sangat, aku syok jer bergambar.  Hee :D

bertemakan warna biru yang cukup menenangkan :)

 bersama pengantin! tengok..hijau biru xleh ngam nih. hehe :P

kejap je dah dapat anak dalam majlis orang nih. haihhh :D

Hah..anak makin bertambah =.=' *padahal malu nak posing sorang-sorang atas pelamin tu.  Actually, dalam majlis ni aku keseorangan sebab ma nak balik cepat sebab ada hal dan pengantin lelaki memang sampai lambat kat rumah pompuan.  So, pandai-pandai je la aku bawak diri dengan keluarga rapat mak saudara ni.  (Pengantin adalah anak saudara kepada makcik yang kahwin dengan adik abah) =)

 semua pakai baju biru! cantik lah buat macam ni..senang nak cam saudara pengantin =)

yang ni pun sepupu pengantin, dah lama kenal dan die jugak satu kos pengajian dengan aku tapi dari maktab kat penang =)

p/s : ada kebaikkan juga menghadiri majlis kahwin ni tau. Bagi yang masih bujang boleh tengok daya penarik serta kelemahan dalam sesuatu majlis tersebut dan buat iktibar untuk merancang majlis sendiri.  Menjadi raja sehari amat bermakna buat semua orang dan pasti mengimpikan majlis yang sempurna.  Tol kan? =)

Percutian yang sangat menyeronokkan..

As salam....

Sangat seronok bermalas-malasan kat rumah manis rumah ni ;) Tambahan lak kat kelantan ni asyik hujan jer, best la asyik nak tidor je kan *haishh, tak senonoh tol la anak dara zaman sekarang ni kan =.=' 


Sebelum balik Kelantan, sempat juga aku berpoya-poya ke Pangkor.  Ehehe, buah hati tersayang yang ajak mana boleh tolak kan.  Tak rugi lah ikut sebab boleh cuba macam-macam game air yang menarik. Masa bercuti ni sangat best sebab diisi dengan game-game yang menarik ni dan yang tak pernah aku cuba lagi.  Let's cekidaut apa yang aku buat masa kat Pangkor ni.


Sebaik je sampai kat Lumut, makan kat kawasan tu jap.  ada char kue teow, cendol dan jugak ABC :)

dah siap makan, menuju ke jeti untuk naik feri.  here we come Pulau Pangkor!  Kitorang menginap di Teluk Nipah.  Itu yang dicadangkan oleh kenalan si die sebab satu tempat iaitu Pasir Bogak lebih banyak tempat untuk bersosial dan lebih sesuai untuk pelancong luar negara serta bukan Islam :)


Yeah! badan nampak besar..hakikatnye berat tak bertambah pun =.='. Hee :D first time mencuba aktiviti snorkelling.  Mula-mula takut, lepas tu makin teruja sebab dapat tengok ikan yang cantik-cantik dekat dengan tangan ni bila aku pegang roti untuk menarik ikan-ikan tu datang.  


Terumbu karang pun ada tapi dah tak cantik mungkin kesan daripada aktiviti mencari gamat di dasar lautan tu.  Ehehe..tenkiyu untuk si die sebab bagi aku tumpang tarik tali kat life jacket tuu.  Sebabnya, tak de keberanian nak berenang sendiri, dah la ramai orang kat situ kang aku terlanggar kaki orang lak, tak pun jauh terpesong dari kumpulan kitorang , kesian kat aku kannn :D


Seterusnya, bermain-main berenang di tepian pantai....

Ini geng mandi saya, eh eh..idok ler :P


Kalau setakat mandi, kat mana-mana pantai ataupun tempat rekreasi lain pun leh mandi ag kan. Jadi, aku tak lepaskan peluang main game yang ada kat sini.  Mula-mula main kayak, yang ni aku dah biasa tapi takla expert sangat.  


Kemudian naik belon air, rujuk gambar kat atas & jangan gelak dengan gelaran yang aku bagi.  siyes, aku lupe nama benda ni.  Anyone knows? 
 kita akan dibawa membelah ombak serta melompat-lompat di atas ombak tu, urmmm..tol ke description aku ni. sorry again *innocent face :D Dipendekkan cerita, ianya sesuai untuk lelaki.  Eh..ingat aku tak berani k? sume aku try..ehehe.
 
merempit di lautan :)

Yang best..main jetski.  Err..jangan harapkan aku yang bawak jetski tu,  mestilah si die.  Dan yang paling best itu first time die bawak jetski.  wuuu..Ini baru betul nak bagi ayat "ku serahkan nyawaku kepadamu" ehehe.   


Part yang paling best adalah makanan laut kat sana! yummy yummy :)

ikan siakap tiga rasa.  Makanan laut yang ni je snap..yang lain-lain macam sotong bakar, ikan jenahak bakar, kerang bakar & kerang rebus pun sangat yummy! :)


 makan tengahari, nasi ayam pun yummy!

yang ni, si die yang try..laksa goreng! camni la rupanyer laksa goreng :D


Kemudian, shopping time!

abaikan muke masing-masing mintak sumbat dengan udang kering tu. huhu, masing-masing dah penat dok main air tapi kuatkan juga kaki melangkah untuk mencari sedikit barang sebagai buah tangan kepada keluarga.  Macam-macam ada, ase nak beli semua je.  Tapi, aku just capai sate ikan, kopok udang, kopok mentah, ikan bilis dan udang kering :)


p/s :  banyak lagi gambar tapi untuk memendekkan entri, kasi cerita padat jer dulu.  Gambar-gambar akan di upload di mukabuku :)

rindu blog!

As salam...

Genap seminggu aku tak mengupdate apa-apa di sini.  Usahkan mengupdate, jenguk pun tidak.  Uwaa...terasa rindu sangat-sangat nak berbelog.  Alhamdulillah, exam bagi semester 6 dah berakhir, beberapa masalah pun dah selesai dan percutian pun dah berakhir namun memori terindah akan kekal di ingatan ;)


Rasa rileks dan tenang sangat berada di tempat yang indah dan damai ni ;)

p/s : update seterusnya pasti akan menyusul ^_^

Sem 6 sudah berakhir :D

As salam...

Alhamdulillah, berakhirnya exam tadi maka berakhirlah  semester 6! tinggal dua sem je lagi nak habiskan pengajian dan menjadi seorang guru! ehehe..tak sabar untuk keluar dari maktab sebenarnya. Lima tahun setengah adalah masa yang sangat lama dan sekarang baru habis empat tahun setengah.  Seronok untuk menjadi guru tapi terikat sebagai pelajar sangat bosan. aduishhh TERjujur la pulak kali ni =.='

 
peace! gambo terlebih tumbesaran..eksaited! :P

p/s : penat..baru lepas kemas bilik ;)

Wordless Wednesday #17 : how to study when.....

As salam....


p/s : xleh nk fokus :(

Wordless Wednesday #16 : Tak sabar!

As salam...


 p/s : tak sabar tunggu 5.00 petang esok!! ^_^

barbie doll vs doraemon.

As salam...
Tengah malam macam ni hanya mampu menikmati biskut gula cicah air kopi, sedap.  Alhamdulillah.  Lega pula bila bilik ni dah makin kosong, hari jumaat ni dah kena kosongkan bilik.  Buku-buku dan nota-nota yang terkumpul selama empat tahun setengah kat sini memang semakin berat.  Tak termasuk segala jenis baju halal harem.  Huhu :D

Tetibe je rasa nak tengok benda cantik, dan terus terfikirkan barbie dolls. 







Comel kan semuanye.  Sejarah barbie doll boleh baca kat sini.  Dulu masa kecik-kecik tak pernah ada kesempatan nak main barbie doll ni.  Tapi aku ada patung doraemon, dulu la..masa tecik tecik comel melebihi sekarang ni >_<" sayang sangat kat doraemon tu =)


gambar tercomel :p

alang-alang dah sebut pasal doraemon, mai kita nyanyi sekali.
Konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo

minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na

(hai! takekoputaa!)

AN.. AN.. AN..
tottemo daisuki..
DORAEMON...

alih ke bahasa Melayu pula:P

Pada Suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor Makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat (Doraemonnya marah nih kalo tau dibilang bulat...)
Suka makan kuih donat (haaahhh... DONAT??)
Bila nampak tikus ia melompat (Makin marah lagi neh doraemon... )

Nobita ketawa sambil berkata:
(“aik?! takut tikus ke?”) ========> apa coba??

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON…

p/s : mood kanak-kanak riang.