Di sini..Duniaku Emieysandra

As-salam...


Tahun 2010 dah hampir ke penghujung.





Saat indah telah meninggalkan kita.






Tapi kenangan itu sentiasa melekat di kotak fikiran untuk diingati.  Di sini..duniakuemieysandra juga banyak mencoret segala kisah suka dan duka aku sebagai gadis remaja, kebanyakkannya suka sebab duka tu susah sikit untuk aku kongsikan dan amat tak elok untuk kesihatan kan, jadi jangan dok ingat sangat.  Namun, pegangan hidup sering memujuk setiap masalah pasti ada penyelesaian dan hidup ini bukan untuk meratapi kesedihan.  Alhamdulillah, sepanjang berblogging aku rasa dunia sangat bermakna untuk terus dinikmati dengan pelbagai kisah yang akan sentiasa mematangkan diri.




Aku banyak menulis kisah mereka, tiga tahun bersama dah macam adik beradik. Semoga ikatan ini semakin kukuh terikat dalam perjuangan kita mencapai kejayaan.
Kisah menarik di sini, sini dan sini.




Kisah-kisah pengembaraanku..ecece, :p
or more to my precious experiences!
baca sini dan sini





Dan jugak kisah percintaan yang romantic dan masam-masam manis gitew!



Kisah dua beradik ni, sepupu yang cilik dengan gelagat comel.  Siapa yang tak suka dengan budak comel kan, suka buat you all kegeraman dengan telatah mereka berdua. Bersama Sucee, (kakak) dan bersama Anis (adik).




Serta kisah sahabat karib sejak dari sekolah iaitu Ain dan seorang kakak angkat iaitu Kak Izma. Aku anak kedua dan perempuan sulung, memang teringin sangat nak ada kakak. :)
sini dan jugak sini




Aku banyak mengarut je dalam blog ni, namun setiap entri tu sangat bermakna. Yang aku linkkan tu diambil secara rawak, boleh klik dan baca sendiri. 





Last but not least,
pada awak...awak dan jugak awak!!






Terima kasih kerana sudi membaca blog ni, sayang awak awak awak semua!
Lain kali datang la selalu, kita kawan-kawan okeyh!
^_^






Saya jugak minta maaf kalau ada tersalah tersilap terkasar bahasa sampai awak rasa menyampah dengan blog ni, lain kali datang la lagikkkkk.
^_^






SELAMAT TAHUN BARU.
Semoga pengalaman tahun ni menjadi pengajaran untuk menjadi yang terbaik pada tahun hadapan.


 


Style ur Hijab Contest

As-salam...


Aku baru je ditag oleh mia untuk join contest ni.  Dah lama tak join contest, tambahan pulak bila laptop dah format ni, sume bookmark  dah hilang.  Aku minta maaf sangat pada sesiapa yang telah tag aku untuk contest, giveaway, award ke ape sebab aku tak dapat cari semua link tu balik.  Sory bebanyak tayar lori yep. ^_^


Ini banner contest, cepat picit sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan contest ni. Aku suka sangat dengan syarat-syarat contest ni, kalau nak tahu boleh baca sendiri. Di bawah ni aku sertakan dua gambar penyertaan, harap-harap melengkapi syarat yang telah ditetapkan.








dan yang ni..
 nak tag mereka :
kak nurul
ieda
bieha
pija ismail


they all sume rakan seperjuangan di tempat pengajian, nanti kita jumpa.



 DONE!!



Menghitung saat, beberapa jam lagi naik bas balik Melaka.
Kat sini hujan lebat, konpem sejuk menggeletaq dalam bas nanti.

Penat dan riang

As-salam..


Berkenaan tajuk tu, penat je betol tapi riang hanyalah dusta menyedapkan hati yang lara oh pabila cuti kian berakhir!! huwaaaa..ok, tak nangis pun. hahaha.


 


 Rasa penat sangat sekarang ni, sebab tadi kuar sampai tak hingat dunia dengan selamba nyer dok perabih duit yang tak de.  Balik tadi hujan lebat sampai sekarang pun. Macam mana la dok dalam bas malam esok, mesti sejuk yang teramat la. Kelantan - Melaka.  Malam esok? grrrr! dah kena balik Melaka untuk meneruskan pengajian. Petang tadi pun lepas ambik laptop, terus kemas barang.  Kali ni jadi baik sikit, biasanyer 5jam sebelum naik bas baru aku nak kemas.  -_-'


 


Jadi, bila bergelar pelajar ni opkos la sibuk kan.  Aku pun kena letak jawatan sebagai blogger separuh masa, kena jadi blogger suku masa la pulak. adess, you all paham tak? Aku rasa macam ada beberapa sel yang tak dapat berfungsi dengan baik sekarang ni. Ubat paling mujarab sekarang ni adalah TIDUR!! verygudaidia.


Hah! anak siap la yang sesat ni? Sila mengaku sekarang sebelum..errr??
Minah ni sesedap rasa je mai menyibuk kat blog aku ni. Pegi daaa...




Tido dulu. Nite.
Sebelum tidur cuba renung sejenak apa yang dah kita lalui sepanjang tahun 2010 ni.
Aku dah renungkan, nak sengih-sengih jap sampai...ZZzzzz


Kalau nak blah..blah je la!

As-salam..


Salam sayang..



Jangan rindu-rinduan, kenangku dalam blogmu. 



Actually, mahu gitau aku takkan bersiaran online sampai esok kot, mahu pi betulkan laptop ni sebelum balik ke tempat study. 
~edit dari google, nak sangat laptop pink camni~

Laptop aku nak hantar pada yang pakar membaiki. Ada problem, aku tak tak leh nak turn off macam biasa. Ada gak masalah lain, tapi laptop tu masih baik dan bertahan sampai sekarang. Sebelum balik ke asrama dan start kelas, baik aku perbetulkan apa yang tak okey. Kat kampung ni ada sedara yang boleh tolong aku betolkan, caj murah dan servis pun baik. Sesiapa yang tahu kampung aku ni, ada problem ngan laptop jugak boleh pm inbox facebook aku nanti aku gitau tempatnya, cess sempat pomot lak. *peace!




Aku tinggalkan gambar budak muka slenga ni *BFF aku yang cakap, sampai hati dia kan.
Bye!, terima kasih tinggalkan komen dan jejak di shoutbox nanti aku akan pergi membalas. 
 

Chowwwwwws!
blah dulu :P

Saya Blogger Kelantan

As-salam..


Entri kali ni aku ingin melibatkan diri dalam Kategori Blogger Mengikut Negeri


Dalam dunia blogger ni lebih ingin dikenali sebagai emieysandra.


Berstatus bujang iaitu masih belum berkahwin, kalau status di facebook in relationship..phewww! 

Boleh dihubungi melalui facebook boleh search nama Cik Emieysandra ataupun ikut link dalam tab di atas
boleh jugak email iaitu emieysandra_89@yahoo.com

Tinggal di daerah Machang.  


Antara tempat menarik berdekatan dengan tempat aku ni ialah 

 Bukit bakar, tempat paling dekat.  Selalu dijadikan kem.  Jadi kalau berkelah boleh tengok jugak gelagat budak-budak perkhemahan dan mula mengimbau kenangan perkhemahan dulu, bagi aku la terkenang lak dapat nombor satu dalam persembahan kebudayaan. Persembahan menari, first dan last aku menari untuk persembahan. Auuww, terlebih sudaa.



Aku nak tunjuk jugak Jeram Linang yang terletak kira-kira 15km dari Machang, dah masuk daerah lain pun tapi ini tempat yang aku suka untuk berkelah. Airnya sejuk dan nyaman kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau. 



    Anak-anak kecil

    As-salam..


    Memang penat seharian melayan buadak-budak yang aktif dengan pelbagai ragam ni.  Sekarang ni pun rasa nak pengsan jer, tak pela..disebabkan semangat yang berkobar-kobar bagai pasukan Malaysia yang sedang bertanding tadi. huhu.go go Malaysia. Menang jugak, terima kasih kepada juruacara tak rasmi tadi.  Dah macam pembantu penyampai ulasan tu pulak.  Bila masuk je gol Malaysia, terus taip post 'gooooool!'. Bagus betul untuk aku yang tak suka tengok bola  ni, lepas tu ramai yang dok like yang antaranya aku. miahahaha. *bangga, mesti suka kalau negara sendiri yang menang kan.  waka waka eh iye..baru mood bola kan, cess!



    Pagi tadi bawa Sucee keluar sebagaimana yang diperkatakan dalam entri ni. Sucee tu memang suka ambik gambar, sama dengan adik dia, Anis jugak. Kebanyakkan orang pun camtu kan.  Jadi, gambar-gambar tu amat haruslah digunakan sebaik mungkin dalam entri ni kan. 


    Gambar pertama kena lah ada si tuan punyer blog. Ok kan, jadi terima la satu je lagi muka aku, satu je lagi ek.





    Cakkk!!

    okeyh, trademark Shh! boleh buat poster ni pastu tulis JANGAN BERCAKAP SEMASA MAKAN. SHH! okey tak? huhu.
    Nampak cam ade eyebag jer, tak sukenyer, tulun3 :P




    Sekarang, kita tengok langkah-langkah untuk makan pulak, dibawa khas oleh Sucee Ayam Goreng.. err??!

     Senyum sambil pegang sudu - ambil makanan menggunakan sudu - NGAP!! 


    muka keriangan menikmati ayam goreng.



    Ni muke terpaksa sebab kena habiskan ayam goreng, dia dah banyak makan coeslaw dan kentang putar, tapi suruh juga dia habiskan, tak elok membazir kan kawan-kawan?.*buat gaya budak tadika :P




     yeay! dapat pi taman. Main sakan dan berfotoria dengan gelongsor sajer. Baju merah tu adik aku, bukan skandal die.



     Time ni merajuk tak nak balik lagi, die ni penuh emosi. Cepat touching dalam kata lain? ape ea, lupa daa..haha



    so, pujuk dia ambik gambar lagi, berposing jap.  Baru senyum.
    Satu lagi kak Ngah!!




    Okeyh, snap!
    Ada gaya model tak? ada..ada..kan. *kenyit-kenyit mata sikit.



    Yang ni aku suruh dia pandang ke lain, candid la konon. ;)



    Menyibuk satu je lagi gambar aku, nak pastikan betol ke tak ada eyebag ni? oh no..drama..drama..drama..err??!


    Gambar Sucee paling banyak kot.  Aku kena bagitahu Sucee ni, nanti mudah kalau tetiba kat sekolah kena buat buku skrap Zaman Kanak-kanakku. Blog ni la rujukannya, keh keh..hentah hape-hape je aku ni.  Mekasih la layaaaaaaaaaaans!

    500 BLOG!!

    As-salam..



    Lebih dikenali sebagai emieysandra, dan boleh panggil emiey. Masih bergelar pelajar dan menuntut di IPG Melaka.  Berumur 21 tahun dan berasal dari Kelantan.


     Tujuan menjadi blogger kerana minat untuk berkongsi cerita serta pengalaman dengan orang yang sudi membaca serta ini juga merupakan salah satu cara untuk aku menghargai setiap detik hidup yang indah ni bersama orang-orang tersayang di sekeliling.


    psst : baru je balik outing, penat dok melayan budak ni dan budak ni.

    Ayam Goreng Sucee Comel!

     As-salam..

    Semalam baru makan ayam goreng yang dibeli di pasar malam. Adik yang belanja, sebab aku terlampau pokai sangat sekarang ni. sob3.  Esok baru nak keluar pi  tunaikan cek yang dapat tu, tapi rasenya kena tunggu tiga hari dulu kan baru boleh keluarkan duit kan?. Maklumlah, ni first time cash out takde pengalaman lagi.  Terima kasih Nuffnang!

     ~ayam goreng yang tak disalut tepung, cilok dari Google baik hati, sodap jugak asalkan ayam goreng kan~



    Esok aku tak boleh la nak berfoya-foyaan sangat untuk berwindow shopping sebab kena bawa budak kecik umur 5tahun.  Tak pepasal jadi baby sitter kejap.  Siapakah si budak kecik itu?.

    Ini Sucee, kakak kepada dekNis. Diorang dua beradik je, sebab tu dua-dua comel dan manja!


    ~sucee dengan kak ngahnyer yang bermuka garang tapi dalam hati ada kebun bunga tahi ayam ataupun bahasa saintifiknya lantana camara ;)


    Yang bagusnyer, semua akan disponsor oleh ma kesayangan.  Thanks ma! 
    Aku pun dah cukup-cukup rasa bersalah, sejak besar dan dapat elaun (study IPG) ni tak suka dah minta duit dengan ma. Yela, family aku bukan senang sangat untuk aku diberi elaun Pa&Ma tiap-tiap bulan.  Elaun yang aku dapat, tu la duit aku. Tapi, bila dah susah ni kena la jugak nyendeng kat ma buat muka seposen. sob3, mai la sedih sama-sama aku. :P


    psst : tadi dapat surprise!

    U'll find me in your heart.

    As-salam..

    Alhamdulillah, aku masih bernafas di muka bumimu ini ya Allah ya rabbi.

     gambar raye dua tahun yang lepas, masih kelihatan bum bum lagi:P

     


    Now, waiting for him ♥
     nak text tapi takde kedit, wish kat sini je la




    Jom layan lagu romantis ni dulu.




    psst : dia kata ada kejutan pagi ni, 
    jadi aku menunggu dengan rasa yang sangat teruja, ehehe.

    Insomnia

    As-salam..


    Aku tak mau citer pasal orang lain, tapi pasal aku jer.  Selalu sangat kena insomnia ni.  Masa kat asrama dulu sampai nak nangis gak tak leh tidur sebab keesokkan kena jawab paper Anatomi, tak ingat lak nama penuh paper tu sebab tu paper sem lepas.  Bagi aku tu paper killer sepanjang aku study, dasyat kan.  Sebab tu aku tak jadi doktor, titik.


    Makan masa jugak nak pulih imsonia ni.  Sesiapa yang tak tahu, imsomnia ni masalah tak boleh tidur. Masalah ini boleh menjejaskan hari indah you all, err..aku  serta membuatkan aku rasa teruk sangat. Yela, kalau tak boleh tidur tu boleh update blog tak pe gak, boleh tarik trafik blog, ni nak blogwalking pun malas..hadoiii..shian aku kan.. 
    Ini lah masalah aku kebelakangan ni sampai semalam baru aku boleh kurangkan sikit.



    Punca-punca Insomnia mengikut pengalaman aku dulu dan sekarang.

    Stress dengan masalah
    - Nak tidor pun asyik fikirkan masalah.  Bila pejam mata, mula fikir nanti hantu kak Limah akan datang cekik sampai terputus leher........anak patung.  Tu contoh je.  Fikir andaian yang buruk-buruk sangat, pastu celik kembali mata tu. Mula lah sesi pejam celik pejam celik pejam celik celik celik sampai ke subuh.


    Keletihan otot yang terlampau.
    - Masa foundation dulu aku banyak aktiviti Pendidikan Jasmani.  Nak pulak ada ujian UKJK iaitu ujian kecergasan badan. Banyak latihan kena buat. Jadi, bila malam tu terlalu penat sampai tak leh tidur. Biasanya, kalau penat boleh tidor sampai tak ingat dunia.  Tapi percaya la, bila kena macam aku ni baru nangis tak berlagu takut dengar kat rumet, kalau di asrama la. Kat umah pun, nangis ke? ish pompuan nih.


    Bergaduh dengan boipren
    - Bagus betol aku ni kan, gaduh dengan boipren sampai tak tidur.  Itulah, konon-konon nak tunjuk protes dengan dera badan sendiri.  Dah tu, dia nak gaduh time malam kan.  Lain kali aku nak pesan supaya gaduh time pagi sampai petang, bila malam automatik kena baik. Err..macam aku je yang tak boleh ikut,  dah dia yang tak reti-reti pujuk aku, damn betol.  hahaha, lawak tol asyik gaduh but i still loving you till now.  Sory, terjiwang karet pulaks dos! Tapi, yang ni tak elok sangat.  Kalau ada sesiapa yang macam aku, marilah kita sama-sama berubah, BF tu belum tentu akan jadi milik kita selamanya, kan.  Tengok ,aku dah ada kesedaran.


    Selalu tidor petang
    Siapa yang selalu tidor petang, konpem akan ada masalah untuk tidor malam tu. Kat asrama aku memang selalu tidor petang bila takde kelas petang sebab aku rasa boring sangat dengan suasana kat asrama, tu yang buat aku mengantuk. Kat rumah ok jer, aku tolong mak masak, tolong sapu halaman, angkat baju, lipat baju, ok dah semua tu TIPU saje. Aku ni pemalas, titik.  Huh, harap la masuk asrama baru tahun depan, dapat ubah habit tidor petang ni.



    Cara-cara nak mengatasi insomnia ni pulak senang jer, 
    bergantung pada malas atau rajinnyer diri anda tu.

    Kemas Bilik
    - kemaskan bilik, kemudian hiaslah dengan warna-warna yang ceria.  Yang boleh buat you all berbangga itulah bilik  you all. Bila masuk bilik, terasa aman dan fikiran pun tenang.  Bersihkan bilik tu dari debu dan sampah-sampah supaya you all rasa segar macam bercuti di Pulau Aman, sape tengok Seribu Kali Cinta tahu lah, ehehe. Boleh ditambah dengan bunga segar yang mencantikkan pemandangan dan juga kesegaran bau bilik tu.  Tak pun, paling senang la, letakkan pewangi bilik.  Sekarang ni murah je yang set time, setiap setengah jam bilik tu akan disembur wangian secara automatik, time tu boleh setting rasanyer. Sape rumet aku sem depan? tolong beli eh..hoho, dush3.



    Senaman
    - Dengan bangganya aku nak bagitahu yang masa kat asrama aku selalu joging.  Walaupun bukan tiap-tiap hari tapi ok lah daripada sesiapa kat asrama tu yang tak pernah tau berapa jauh track di stadium baru tu. Kecoh tol aku ni kan.  Betol, joging ni pun salah satu senaman paling senang, kena lari je tapi jangan lupa lak buat regangan sebelum dan selepas joging tu.  Kalau tak boleh jaging, pergi main dengan budak kecik.  Nak pulak, budak tu baru lepas makan coklat bar, aiskrim coklat ataupun ape-ape coklat la, memang kuat la energy nyer dok mengejar.  Kejap-kejap ajak you all melompat lak.  Kejap-kejap ajak main hantu Kak Limah, err?..huhu..layankan je la, boleh bersenam jugak kan.

    ~ ini contoh senaman lidah untuk budak tecik supaya die tak bising menjerit =.='


    Pemakanan
    - Jaga pemakanan dengan baik.  Makan makanan yang berkhasiat dan lengkap tiga kali sehari.  Barulah hidup senantiasa riang!.  Makan kenyang-kenyang, jangan dok diet berlebihan, kang nak tidor malam tu perut dok nyanyi lagu Ramli Sarip..hoho, rock u!! 
    pas tu mula la mesej hubby 'i lapar, takleh tidor'.  Pastu si hubby pun balas 'u nak makan ape tengah-tengah malam ni, makan i je la'. kan grrr! hahaha. Cuba ikut piramid makanan tu, budak kecik pun tahu la kena makan sayur untuk sihat, ape daa..:P


    sekian sudaaaaaa.........


    psst : itu mengikut pengalaman aku la, 
    ada tambahan lain? drop it on comment, okeyh.

    Tahniah!!

    As-salam...


    Keputusan PMR dah keluar pagi tadi.  Tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang.  Tak terkecuali kepada dua orang sepupu aku ni.  Caya la korang, bijak-bijak sekarang eh. err..memang dari dulu pon korang bijak, tak macam aku ni yang pemalas.  Bab main masak-masak tu jugak yang bagi kat aku..cess!. ~lalalaa

    Sebelah tu cousin aku yang nama Mira, dapat 8A..
    tahniah-tahniah dan jugak happy belated birthday!!.  Lupa nak wish hari tu, sory eh.
    ~_^



    Sorang lagi laki, Amir nama dia, tak de gambar dan di facebook dia pun penuh dengan gambar artis.  Grrr..aaamm tol, siap boleh ushar aku lagi masa mula-mula add dulu.  Gatai eh, nasib bek 5A, ok la tu..tingkatkan prestasi untuk peperiksaan SPM lak.  




    Tahniah kepada semua yang berjaya dengan cemerlang.  Kalau tak berjaya, jadikan ni sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk buat yang lagi terbaik dalam SPM, okeyh.



    aktiviti semasa :
    berblogwalking sambil makan apollo roka..nyum333






    meow oh meowwwww

    As-salam..


    Meow itu nama class untuk kucen..eh salah ejaan..k.u.c.i.n.g, baru betol. Kebanyakkan orang, SUKAkan kucing, kebanyakkan orang pulak TAK SUKAKAN kucing.
    Kenapa? kenapa? kenapa?..itulah persoalannya di sini. drama drama drama..cess!

    Cup! menyampuk jap, aku pun tak sukakan kucing, tapi tak dela sampai membenci membunuh secara kejam. no no no! bukan camtu okeyh.


    Ini lah salah seorang pencinta kucing.


     
    haji Mat Akif dengan kucing yang dia dok usap-usap manja selalu.  Kalau time aku masuk dapur, kucing terus ikut kaki aku.  Ouh, aku tak boleh sangat mungkin geli dengan bulu kucing tu.  Siyes, tak boleh. 
     



    Alkisah ini dipanjangkan lagi dengan segmen 'cat photoshoot' tajaan encik Google yang baik hati. Encik chenta hati suke kucing, dia msti suka tengok kucing-kucing ni. ;)


      Walaupun aku alah pada kucing, tapi aku suka tengok kucing yang comel, tengok jela. Comel kan kucing tu, putih halus mulus bulu die.  Pandai bergaya pulak tu.







    Ini lagi satu hal, sekarang ni bukan baju kita, manusia sahaja yang direka. Baju kucing pun ada.  Ni kalau yang sayangkan sangat kat kucing peliharaannye tu sampai siap buatkan baju lagi, ada gaya la kucing ni. ;)










    ups..kucing jantan dan betina dilarang tengok gambar ni.
    Okey, jom kita manusia, tengok dengan senang hati..eh?
    ah, pape je la..*peace




    psst : awak awak dan awak pun minat kucing eh?



    SAYALAH BLOGGER ITU.

    As-salam..
    segmen baru dari Abang Ben

     klik SINI


    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra
    duniakuemieysandra



    BLOGLIST SHARA 2011

    As-salam..

    Cik Shara bunga pun ajak aku join bloglist dia.  Aku terus orite! Tapi kena buat entri jugak, it's ok la kejap je tak susah pun.


    kalau nak join jugak, klik SINI.



    Nak join bloglist shara sebab sukakan blog pink tu dan tuannyer. Gini boleh tak Shara? ehehe.  Lebih telus lagi adalah untuk saling mengenali blogger lain dengan lebih rapat. Macam skema lak ~lalalalaa



    Nak masuk kategori gadis idaman!



    psst : blog Shara pun warna pink! kite geng jum..;)



    jom join bloglist emieysandra, klik sini cepat!




    bloglist baru..ada sesiapa berminat?

    As-salam...

     
    Malam ni fikiran agak terganggu sikit. Rasa serabut je. Ouh, ini bukan berkaitan si anon yer. Buang karen je pikir tentang manusia takde nama tu. Walaupun ada draft entri pasal sesuatu topik, tapi tanpa mood baik nak publish pun jadi spoil. Ah, it's ok, maybe sebab masalah hormon pompuan ke apa, lama-lama akan baik la kan. Doa-doakan kesejahteraan kita bersama yer. Amin. 

    Entri kali ni ada satu tujuan je. Sebenarnya, aku tak pernah lagi buka bloglist kepada sesiapa. Aku main letak blog kawan-kawan je. Tapi kali ni, aku bagi peluang kepada sesiapa yang berminat dan boleh tinggalkan link kat ruangan komen ni. Ketegori dan bilangan bloglist bergantung pada sambutan nanti.  Ade ke yang sudi ni? 
    ~_^







    Sesiapa yang berada dalam bloglist aku ni akan dapat perhatian istimewa seperti:  
    * Aku akan berkunjung ke blognya apabila diupdate. 
    InsyaAllah, sekarang ni aku kurang blogwalking tapi kalau yang ada dalam bloglist mudah la menarik perhatian aku.

    * Aku akan tinggalkan komen di entri blog tersebut.  
    Sekarang ni, itu memang selalu dibuat kalau aku singgah mana-mana blog.  





    Syarat utama sekali untuk masuk bloglist ni adalah  
    * Aktif mengupdate blog sekurang-kurangnya dua hari sekali.  
    Mula-mula nak buat sehari sekali, tapi bagi kelonggaran la sikit kan.
    * Link kan kembali duniakuemieysandra.blogspot.com ni, mesti la ada sistem barter kan. ~update




    Perhatian.  
    * tempoh tamat bloglist ni bergantung kepada penganjur, aku la tu..hikhik





    Sila bagi url blog kat komen ni yer, tak perlu susah-susah buat entri.  Kalau rajin boleh bisik-bisik kat rakan-rakan untuk sebarkan lagi bloglist ni..lagi macam susah kan, gurau jer. :P


    UPDATE!
    bloglist dan tersedia, tapi masih boleh tinggalkan link ;)

     

    Follower sekalian, apa yang kamu cari?

    As-salam..

    Kali ni pasal follower lagi. Suka pulak guna sekalian tu, konon-konon semua akan datang la. *peace!. Aku sebenarnya, nak minta tolong followers  untuk bantu aku jawab soalan ni. Bukan followers pun dipersilakan, tapi kalau nak follow dulu pun takpe, eh..:p



    Macam mana boleh ada follower ramai ek?

    Orang bertanya camni kat aku, situasi dia ni macam pelik kan aku ada follower ramai. Padahal entri bukan best pun.  Banyak citer pasal sendiri je.  Aku sedar, blog aku bukan best pun tapi aku OK. no emo emo okeyh. So, aku sikit pun tak terasa dengan soalan tu.  It's okey for me.  I just wanna be my self.  Saya Gay, saya Ok!..opss..ayat pemes sekarang ni..haha..boleh pulak.
    Cup! yang pasti aku tak pernah menggunakan konsep 'i follow u, u follow me back'.



    Hanis Zalikha : idola para blogger sekalian kan. Comel sangat dia, penulisan entri dia pun bagus buat orang lain tertunggu-tunggu entri seterusnya. kan kan kan.



    Di sini, aku menyenaraikan beberapa kriteria yang followers mungkin suka dan tak semestinya ada pada blog aku ni.  Ulangan sekali lagi, tak semestinya ada pada blog aku.

    * template yang kemas dan ceria.
    * penulisan yang menarik dengan gaya tersendiri.
    * tulisan entri yang mudah dibaca.
    * tuan blog yang peramah.
    *  blog yang selalu diupdate.
    * entri yang selalu memberi info semasa.




    Ini kriteria yang aku cari bila menjadi follower kepada blog lain,
    nak tambah atau membantah? dipersilakan klik pada kotak komen di bawah ni.

    Jangan biadap sangat!

    As-salam..


    Hal ni berlaku malam tadi, tetibe je ade seseorang tegur aku kat chat. Tak tahu la aku atau dia yang add dulu, yang pasti dia dari sekolah yang sama masa aku form6 dulu.  Mungkin dari sebab tu dia approve aku atau aku yang approve dia.  



     ~tulis baik-baik, nanti cikgu marah.>__<"~



    Tadi, dia tegur kat chat.  Mula-mula okey je.  Aku tak kisah la, sesiapa yang tegur aku mesti aku akan balas balik. Kadang-kadang orang yang aku tak berapa rapat pun, boleh jadi mesra kat chat asal kena dengan gaya mutu keunggulan. opss.  Tiba-tiba je dia tanya aku kenapa guna gambar katun sebagai pic profil.  Masa tu aku guna gambar kartun rambut hijau kat atas tu.  Dia tanya tapi dia pi jawab sendiri,  sebab muka huduh kan.  Padahal dia guna gambar artis, so sama je la kan, tak guna gambar sendiri jugak, so?  Ayat dia memang direct macam tak pernah jumpa penapis kalau bersembang dengan orang.  Lepas tu, aku mula nak bagi nasihat, konon-konon nak sedarkan diri dia tu.  Tapi dia makin teruk, dia menggunakan pulak perkataan ju*or.  Orang kelantan, mesti dapat agak perkataan tu.  Pada aku, kasar dan biadap lebih-lebih lagi untuk orang yang dia baru kenal dan jugak kepada PEREMPUAN.




    Tak fikir panjang, aku terus bukak page dia.  Dia private kan wall dia, aku memang tak leh tahu apa-apa la.  Aku terus ke sudut bawah bahagian kiri dan picit block this person.  Baru puas hati, biadap sangat.  Tak nampak macam dia nak bergurau, jadi aku block terus lagi senang. 




    Aku tak kisah kalau nak chatting sembang-sembang, tapi gunakan la ayat yang ok sikit. Lagi satu, aku selalu jugak tengok orang guna identiti lain di facebook ni.  Diorang meletakkan gambar bukan diri mereka, contohnya letak gambar artis, kartun, alam sekeliling. Sampai aku tak cam mereka ni, mereka lak boleh kata kat aku, "aku kenal kau..tapi kau tak kenal aku", dulu ada kawan pernah buat macam ni.  Memang la, dah muka aku tu penuh kat profile album, dan kau ni pulak  objek alam sekeliling yang penuh.  Kalau yang jenis tak ganggu hidup aku, tak hamburkan ayat-ayat keganasan serta berunsur kurang sopan, aku okey je. Buat la apa mahumu. 



    pstt : Jangan la ada sesiapa yang terasa okeyh, panjang pulak aku membebel ni.