Entri last.

As-salam..

Selamat petang. Ya, ini mungkin entri last untuk hari ni, sebab banyak dah dok update tadi.  Ada dua tutorial, boleh tengok kat sidebar di sebelah ni yer. Tambahan pula, minda aku tak berapa sihat beberapa hari ni, bergoncang sikit. Jadi nak rehat la sambil layan Gelora Jiwa-Yuna, tak pun tengok citer korea bebape round sampai ke malam,  Rasenya dah lama tak menatap wajah hero-hero korea yang ganteng tu.heh! ;p Sambil tu makan maggi tomyam masak dengan telor, part ni yang paling aku suke. feveret.


Aku jugak nak suruh ringankan jari,tadi kan belajar cara nak ringankan blog, sekarang ringankan jari pulak supaya mengklik like di butang fanpage tu.  Tanda support dunia emieysandra, boleh kan.  Senang je kan. TQVM. Aku memang tak pandai bab bab promosi ni.  Jadi, aku bagitahu kat sini je la. 


Lagipun, fanpage tu berfungsi untuk aku letakkan semua update blog aku.  Siapa yang aktif dengan facebook, mudah la tengok apa-ape update mengenai blog ni kan. Malas dah nak cerita panjang. Nak ke dapur dulu. chOw!, eh..salam! 

 with


p/s : terima kasih yer..;D 

Tutorial : Ringankan blog.

As-salam..

Ada tutorial lagi, camne kita nak ringankan blog.  Contohnya yang banyak gambar-gambar dalam satu entri.  Macam blog aku ni la, suke letak gambar banyak-banyak. Well, blog ni masih berkonsep personal.  Write about my activities, what i like or dislike, still personal yang ada batasan la bagi aku. Sory, terspeaking pulak kat atas tu.huhu.  Jadi, kalau aku citer aktiviti personal tu kan, banyak la gambar aku tempek kat sini.  Aku memang risau loading blog ni lambat.  Tapi aku dah jumpa jalan penyelesaiannya iaitu menggunakan jQuery Lazy Load. Guna ni jugak, masa loading pun nampak lawa..ces!  Kalau tak caya, cuba tengok masa loading, gambar dalam blog ni macam flash-flash gitew. (sory kalau bahasa tak sesuai.)

Kalau nak buat jugak, mari aku kongsikan. 
 
Mula-mula buka Dashboard - Design - Add a gadget - HTML/ javascript 
tambah je kod ni.


<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"
});
});
</script>

 ~tak payah  edit ape-ape pun~

 p/s : Tak semua blog boleh guna jquery lazy load ni, kena cuba dulu.  Dan kalau nak try lagi boleh tengok link yang aku credit kan kat bawah ni.

 
credit to Nescafe Ais

Tutorial : Link kan gambar.

As-salam..


Di kedinginan petang yang sejuk ni dengan internet yang lembap ni. Baiklah , aku bermain di kawasan dunia sendiri dengan mengupdate blog ni. Dan juga melupakan seketika rasa ekcited dengan OMG tadi. Hari ni aku buat tutorial yang simple je sebab aku dapati ramai blogger baru yang memfollowkan diri kat sini. Harapnya ini dapat membantu.  
Macam mana kita nak ambik html gambar dan juga link kan gambar tersebut ke page lain. 


Macam biasa, sila right click dan ambik new tab untuk hasil gambar yang memuaskan.


Untuk ambik html gambar, kita boleh juga guna photobucket.com.  Tapi nak senang, kita ambik je kat new post.  
Dengan cara, bukak new post - upload photo. Bila dah siap upload photo.

Tukarkan compose ke edit HTML, kat sebelah kanan atas new post tu. Jumpa kan?
Lepas tu, gambar yang diupload tadi dah ditukar ke kod html

Biarkan dulu, lepas tu ambil Design - Add a gadget - HTML/javascript
Kalau kita ambik Picture pun boleh, tapi tak boleh nak resize gambar la.  Kalau ambik HTML/javascript ni, kita boleh resize gambar, nak kecilkan lebar/tinggi lebih senang dengan hanya klik je gambar tu.

Masukkan kod html yang kita ada dalam new post (gambar 1) tadi ke dalam content HTML/javascript ni. 
Kemudian, tekan butang hijau yang ditunjukkan heart merah tu. Dia akan minta link.  Jadi, masukkan link page ataupun link entri contest yang banyak suruh link banner contest diorang kan. Siapa yang sebelum ni tak tahu tu, boleh dah masuk contest lepas ni..hoye! ;p


 

Dah masukkan url, tekan OK dan SAVE.
Gadget tu boleh la di bawa ke atas, ke bawah ke kiri kanan.


p/s : mood hari ni, rajin nak mengupdate! caiyok3.



.OMG.

As-salam..

Akhirnya, suatu kebenaran telah terbongkar.
Satu rahsia.
Satu kenyataan yang pasti benar, bukan lagi rahsia.
Terkejut dan suka. Giler betol. 

eh eh..si cantik ni kenyit mata lak, haha.


Apa perasaan bila kita dapat tahu sesuatu yang kita langsung tak terfikir?
Tak tercapai dek akal bak kata Elyana.
Fuh..Rahsia terbesar seseorang.


Damn! dan rasa berat lak sebelah bahu.
Grrr..tiru trademark seseorang..agagagap!


Gelora di Jiwa Yuna

As-salam..

Tadi terjumpa lagu ni kat you tube, eh bukan bukan..sebenarnyer en.chenta hati yang bagitahu baru aku search cari. Dia kan peminat Yuna, jadi aku pun minat la. Noh hujan pun dia yang minat dulu sampai mempengaruhi aku. Aiyak, aku ni mudah terpengaruh ke?ish3..tapi  tak pe la, dua-dua tu kan artis hebat dan lagu-lagu diorang best.  Tapi kan, aku terpikir lak, aku minat habis-habisan la akak Dato' Siti Nur Haliza tu, tak nye pulak dia terpengaruh.  Tak boleh jadi ni, kena merajuk ni..kena ni..;p
xde kerejaan ni, mau gaduh-gaduh beb..sedangkan lidah lagi tergigit pun, jangan la sengaja pi gigit, hadoii! lagi sakit tau.


Ramai yang dok puji outfit dia ni kan. Aku pun nak puji, memang lawa la, stylo habis.
Fesyen-fesyen dia memang menjadi ikutan.


Dah la, layan la lagu ni..suara Yuna memang best.
Gelora Jiwa nyanyian Yuna.

 


 Lirik Lagu

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja


p/s : dah dengar, so boleh tidur dengan nyenyak.
Nak ulang lagi sekali pun boleh. :P


Dulu-dulu punyer citer.


As- salam..

Masa dok cari gambar untuk contest, ade terbuka folder gambar lama. Tengok gambar aku dulu-dulu, comel bangat..heh! bukan-bukan yang aku rasa ingin dikenang.  Ermm..kena ubah tajuk entri ni, Aku Dalam Kenangan......Dulu.
Dah la, aku nak tunjukkan gambar-gambar yang tak bape comel

Layan jer gambar-gambar ni.

 ni first time naik gajah, kat Lanchang, Pahang. Senyum aje abang drebar gajah tu ;P
gajah tak nampak, janji kitorang masuk pic. haha.


 Ni pulak first time naik kuda, hambik dikau kuda, kena cop sirim emieysandra kat situ, ehehe. Masa melawat pergi Taman Buaya kat Melaka. Tempat ni lupa nama ape, dekat-dekat dengan Taman Buaya gak la ;P


Ni pulak..emm..try la cari sendiri aku kat mane?.
heh, itu namanyer zirafah, orang yang mengaku dirinya emieysandra xdok kat situ.  Tengok tu, ketinggian zirafah masa dia bangun dan duduk.  Terbaik la gambar ni, sape ek ambil?
Lupa la -_-'
Ini kat Zoo Melaka, giler besar zoo tu.

  Ini pulak masa kat Seoul Garden, asyik makan jer. Sesuai dengan muka yang boOolat dulu. 


Ni pulak masa window shopping kat kawasan Melaka, lepas latihan untuk persembahan caklempong (macam gamelan jugak la.) Masihkah kau hingat kak izma?. Emm..gambar dengan dia tak dela. -_-'
Gile comel aku ngan tOpi pink tu kan.


Ini gambar aku yang paling lama. Masa seminar PMR kat Tok Bali rasenyer, lupa la nama tempat tu. Aduihhhhh..bam bam bOom betol aku masa nih. 


p/s : Rindu nak jadi chubby balik. haha. manusia tak pernah bersyukur, ada je mau komplen.  Masa gemuk nak kurus, masa kurus nak gemuk lak. Lepas ni jangan tanya aku petua untuk kurus ek, aku bagi teori add mate, baru tau..minum jus mate sudah. ;p

Belajar dan terus belajar.

As-salam..

Selamat petang..
Alhamdulillah, hari ni dah panas dan bolehla jemur baju kat ampaian luar rumah.
Dan lepas tu sambung balik menghadap komputer di ribaanku.  Mata yang dah giler addict on screen ni. huh! -_-"



Okey, hari ni aku belajar sesuatu lagi. Bukan belajar juga, tapi menemui ilmu baru.  Buat watermark. 
Watermark yang orang letak kat gambar sebagai penanda ini gambar saya.  Dulu, ramai yang dok tempah watermark ni dengan orang yang lebih amatur.  Lawa-lawa tapi aku tak berminat sebab aku cepat bosan.  Nanti pakai tak sampai seminggu dah boring.  Lebih suka dengan ejaan adress blog je kat gambar tu, baru tau ni aku punya la.  ehehe.  Tapi sekarang, bila dan belajar buat header transparent tu, baru tahu macam mana nak buat watermark jugak.  Dan gabungkan dengan pengetahuan lain.  Itulah, belajar kena berterusan dan tanpa sedar ia akan berkembang.

Ape pandang-pandang?nak tengok selalu, boleh pi kat shoutbox, ehehe.

Itulah watermark aku, yang warna pink tulis emieysandra. Ehehe, sadis betul. Ingat lawo kot-kot ada bunga-bunga or gambar katun pompuan yang comel-comel ke ape tapi rupenya macam buka editor gambar dan tambah text je.Aipp! ini kan first buat, jadi simple sudah.  Kalau dikurniakan kerajinan yang melimpah rajin baru boleh buat gempak-gempak yang setakat level simple haku nih. kui kui.

Takpe-takpe, dulu aku buka blog dengan ilmu yang zero, dok bercakap pasal 'entri' yang aku sangat kedaratan bila dengar. Mana sidebar oh gadget lagi, haiyo..mahu cuit sape kat sebelah untuk bertanya. nobody, but me je la yang boleh tolong diri sendiri.  Minat punya pasal, belajar la dan belajar lagi. Try and error banyak kali. Sekarang pun masih belajar untuk meningkatkan prestasi dengan cara banyakkan membaca entri blogger lain yang murah hati memberi tips. Bila tengok je tajuk Tips kat depan mesti laju nak baca, orang lain pun sama, betol kan? Baguslah, sama-sama mencari ilmu.

p/s : sampai bila-bila pun kena belajar, tol x?.



Contest Manisnya Senyuman

As-salam..

Semoga semua ceria hari ni dengan senyuman yang pelbagai jenis senyum.
Ada yang senyum kambing, senyum lebar ke telinga, tak pun senyum sambil buat muncung comel.  ehehe, ape-ape je asalkan manis dan lahir dari hati.
Nak pulak,sape yang baca entri lawak aku sebelum ni, tersenyum je kan, ehehe. Bese la, aku pun suka gak citer lawak dan kalau ada insyaAllah aku akan kongsikan.


Contest ni dari Aefa. Boleh tengok segala bagai syarat dengan pergi ke CONTEST MANISNYA SENYUMAN.




Gambar yang aku pertandingkan
:
:
:

Meskipun kami berbeza sikap, tapi bila bersama kami berkongsi senyuman yang sama. Senyuman gembira dan ceria!


nak tag dua orang iaitu 
twinke twinkle

dan pada sesiap yang berminat boleh la join yer, dijemput beramai-ramai.


p/s : acctually, xbape sihat ni. kepala fening je, mungkin sebab cuaca kan. Okey  la, cari paracetamol dulu sepapan, makan nyer dua biji jer ;p.
Korang pun jaga la kesihatan yer.chow!

Dapat rumet giler.


 As- Salam..

Pernah dapat rumet giler tak?
Ataupun pernah cuba menjadikan rumet giler dan mental dengan sikap anda? Ataupun anda menjadi mental kepada rumet? 
Kalau nak buat, jOm r bace.ehehe.


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat tak nampak ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


Just fun! Baca dan gelak jer, jangan buat beb.
Memang mental kalau ada orang yang pernah buat camni.

Bakal rumet sem depan, i takkan buat u macam ni tau.
.hahaha.

sumber : facebook.
*autopost

Tutorial : Meletakkan Nuffnang di blog.

As-salam..

Aku baru je post entri dan sekarang eh muncul lagi.  Ehehe, bukan nak jadi macam BA yang disegani ramai tu dan tak kering idea menulis entri. Aku cuma nak bagitahu satu-satu, biar senang nak belajar  Nak belajar kena la perlahan-lahan kan.

Jom, aku tunaikan permintaan Cik Hani macam mana nak memasang iklan NUFFNANG di blog.  Rasanya dah betol, ini yang Cik Hani nak tahu kan.  Okey, kita teruskan sesi p n p..hek! 
Pesanan awal,sila right click pada gambar untuk hasil gambar yang memuaskan. TQ.


Mula-mula, buka home Nuffnang korang.

Ambik add ads. Korang akan nampak beberapa kod untuk iklan nuffnang.
Kita kenali penempatan Nuffnang dulu. Gambar ni aku ambik dari nuffnang sendiri untuk terangkan pasal penempatan ni.

Ade tiga jenis iklan iaitu leaderboard yang dipasang di bahagian A (gambar)iaitu di bahagian atas header blog korang, skyscrapper di bahagian C (gambar) dan large rectangle di bahagian B (gambar).


Untuk letak iklan di bahagian A iaitu leaderboard.
buka Dashboard - Design - edit HTML
menggunakan ctrl + f, cari kod <body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

lepas kod tu, tambahkan kod yang nuffnang sediakan untuk leaderboard, jangan ambik kod untuk skyscrapper atau large rectangle lak, lain jadinya nanti. Sediakan macam dalam gambar ni.



Untuk letakkan iklan bahagian B dan C.
Buka Design - Page Elements - Add a gadget - HTML/javascript 
dan tambahkan kedua-dua kod nuffnang tu. Untuk kefahaman, tengok gambar ni dulu.



Bila dah letakkan kod nuffnang yang bahagian B iaitu large rectangle, alihkan letak kat atas blog post.  Kemudian add a gadget lagi, letakkan nuffnang yang bahagian C iaitu skyscrapper dan letakkan kat sebelah kanan atau kiri dan seeloknya di atas biar mudah nampak.


Ada faham tak?
kalau nak tahu dari cara lain lagi, boleh tengok cara dari nuffnang.

 korang kan pengguna blogspot, jadi tekan ajer kat blogspot yang berkotak biru tu, masih lagi kat bahagian add ads tu,okeyh!


p/s : cepat-cepat buat, cikgu nak pi isi perut dulu. Aiyakk, asyik nak makan ajer mulut ni! :p

*update : orang berbudi, kita hendaklah berbahasa.
jangan datang tengok je, ucapan terima kasih tu, sertakan la *peace! ;p


Tutorial : Daftar Nuffnang.

As- salam..

Cik Hani ada minta aku ajarkan cara untuk letakkan nuffnang.  Tapi, baik aku bagitahu dari awal camne nak daftar nuffnang dulu kepada blogger yang baru dan aku tahu ada kawan-kawan aku yang masih tak de nuffnang ni.  Nuffnang ni dikenali di kalangan blogger kerana kita akan dapat duit kalau dapat menarik trafik ke blog kita.  Tak nak citer lebih-lebih sebab aku tak berapa arif lagi, takut tersalah bagi ilmu lak kan.  Kita mulakan tutorial hari ni dengan pesanan biasa, sila right click pada gambar untuk hasil gambar yang memuaskan. TQ.





Mula-mula dafrtar nuffnang dengan cara klik je kat mana-mana lambang nuffnang yang macam gambar kat bawah ni kat blog orang lain (bagi yang baru nak daftar) ataupun terus ke ni http://www.nuffnang.com.my/, yang akan terus ke home nuffnang.





Bila dah bukak home Nuffnang yang camni.

Lepas tu, klik sign up kat atas tu. Kat sebelah kanan tu ada pilihan bahasa. Gunalah bahasa yang korang arif yer. 
Then, akan kuar kat bawah tu sign up as, korang ambik la blogger kan. 
Kemudian isi segala pertanyaan yang ada kat sini.



Isi segala pertanyaan sampai bawah, and kat bawah tu lepas baca pasal term & condition Nuffnang, korang tick je semua yang disuruh tick. Ermm..tapi kena la faham T & C. ;)




Ok dah, korang akan masuk page utama iaitu kira home korang la yang macam aku ni.

 Yang lain-lain tu boleh explore sendiri, aku  cuma nak tekankan pasal Blog Manager ni.



 Yang ada heart merah tu perkara-perkara yang penting. Pilih opsyen Global CPC, baru ada iklan bila trafik anda naik.



Cik Hani yang minta tutorial memasang Nuffnang tu, jap ag ea.


Contest Gambar Paling Chill

As-salam..

Adakah korang rasa chill hari ni?
Kalau begitu,jom kita berblogging dengan penuh rasa chill.
Dan aku pun akan menulis dengan penuh rasa chill oleh kerana banyaknya perkataan chill yang akan digunakan, haha dan sekali lagi ha!





Ini banner contest yang akan aku letakkan kat sidebar jap ag.
Aku dah follow Hutan Kabut


Kemudian, aku nak tag tiga orang untuk join contest ni iaitu

Aku suka warna pink, merah dan juga putih.
Ini antara syarat contest.


Ini gambar yang aku pertandingkan
:
:
:
 Dimana ada kemahuan, di situ ada highway!.Kami memang chill!

Gambar ni diambil masa kete rosak time kitorang konvo pi rumah lecture.  Time tu tengah panas dan kat highway, tapi kitorang masih ceria dok snap pic dengan pelbagai gaya dan ini salah satunya. 


p/s : bak kata ida yang tag aku untuk join contest nie. rindu preshool of roxs!


Tutorial : Disable right click

As- salam..

Malam tadi kak izma tanya camne nak buat disable right. Untuk lindungi entri ataupun gambar dari di cilok/diambil tanpa ijin. Lepas cari kod yang ada dalam simpanan sebab pernah buat dulu, ehehe dan print screen satu gambar, jom aku mulakan sesi p&amp;p pada pagi ini. Tutorial ni dah lama orang buat, aku kira buat dalam versi aku pulak untuk bagitau kak izma ni. Korang yang nak buat, tumpang la dua tiga kaki..kui3x..



Mula-mula aku ajarkan bagi yang menggunakan template designer. Sebab bila guna template designer ni, banyak kod yang berubah dari dulu.


Mula-mula buka Dashboard - Design - Edit HTML

terus tekan Ctrl + f dengan serentak untuk cari kod
kemudian cari kod  <body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

Kemudian tambah kan kod oncontextmenu="return false;" depan kod  <body  macam dalam gambar ni.

kemudian, boleh SAVE TEMPLATE.


Kalau yang guna template lama cari <body> dan gantikan terus dengan kod ni <body oncontextmenu='return false;">



ataupun



Satu cara lagi, yang keluar pop up window.

Buka Dashboard - Design - Page Elements - Add a gadget - HTML/ javascript



Masukkan kod yang bawah ni.
<script language=javascript>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="~:  sOry dear :~";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>



Nampak tulisan merah ~:  sOry dear :~  tu, boleh gantikan dengan perkataan apa saje yang you all nak.


p/s : apa-apa kesulitan, boleh bertanya yer.*peace!


Masih adakah kekasih sejati?

As- Salam..

Lagu dah la sedih, tengok pulak video ni.
Cinta sejati antara mereka.


 

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
  
nyanyian : Devotee.

Tutorial : Buka akaun blogger.

As-salam.

Buat sesiapa yang teringin nak ada akaun blogger dan ingin menjadi penulis blog. Meh aku tolong tunjukkan cara terutamanya kepada salah sorang kawan aku ni.  Sampai post kat wall facebook.  

 Time tu tengah sibuk dengan exam lagi, jadi tak boleh nak tolong masa tu.


Kita nak jumpa pun mungkin susah, jadi aku tolong melalui entri saja la.  Sesiapa yang ada kawan yang teringin nak buat akaun blogger juga, boleh la share entri ni kat dia yer.
Pesanan awal, untuk tatapan gambar yang lebih jelas, right click-new tab.
Buka page internet dan search blogger.com

 ~ klik pada Get Start yang ditunjuki heart comel tu~
Akan sampai ke page ni
:
:
 kena isi borang kat sini dulu untuk create Google Account.
Isi leklok apa yang diminta. Bila dah siap, tekan continue yang kat bawah tu untuk ke page ni.
:
:
Isi yang kedua lak, Name your blog. 
Pilih nama yang menarik tapi simple nanti senang orang lain nak cari. 
Tips ni tau.
continue untuk ke page ni
:
:
 Pilih nak guna template mana-mana, kemudian continue untuk ke page ni.
:
:
 Yeay! your blog has been created.  Sekarang boleh senyum lebar-lebar. Pandai.  Bila dah klik Start Blogging tu, akan sampai ke page ni.
:
:
 Dah boleh buat entri ataupun cerita untuk dipublish kat blog.  Tak sabarnye kan kan. Atas sebelah kanan yang ada heart comel tu, Dashboard iaitu seperti yang dipaparkan kat bawah ni.
:
:

Boleh edit semuanya kat sini.


Selamat berblogging!
~_^




Cik Muk jumpa Cik Nga- aku dihantui.

As-salam..

Malam tadi, tengah khusyuk menghadap laptop plus melayari internet yang sangat bap bap cam ciput bab ni, tetibe telinga rasa sakit.  Rasa geli dan sakit, rupa-rupanya ada anak nyamuk (kecik) tersalah masuk ke dalam telinga aku ni.  Diingatkan atmosfera untuk berlegar-legar kot. Mana la boleh cik Muk, telinga saya tu sempit.  

Bila dah terasa sesuatu tu, aku pun terus la panggil adik perempuan aku dan cakap kat dia yang ada sesuatu masuk ke dalam telinga aku sambil pegang telinga dan buat gaya macam nak korek telinga, gaya jer. aipp, jangan bayangkan..burok!. Takkan la nak korek, kan habis bersemadi segala anggota tubuh nyamuk tu dalam telinga aku dan tiap kali malam jumaat, dia datang tanya aku kenapa aku bunuh dia..grrr, takut!. kan naya pada si pemilik telinga ni. Adik perempuan aku, langsung tak nolong. Dia cuma masuk bilik dan ambik puting kapas kemudian dia pegang je depan aku. Yela, takkan dia berani membuat cubaan membunuh cik Muk dalam telingan aku tu, telinga aku, bukan telinga dia. hahaha.


Tetiba, otak aku terlintas untuk menutup telinga di sebelah kanan, yang tak de cik Muk tu.  Cik Muk tu kat sebelah kiri.  Aku tutup kuat-kuat sampai ruang-ruang udara tak boleh masuk ke telinga kanan menggunakan jari telunjuk.  Nyamuk tu mula rimas dan bergerak-gerak kat telinga kiri aku. Aku rasa sakit dan geli, boleh bayangkan tak. Aku tahan lagi dalam dua minit dan aku rasa nyamuk tu dah berada kat luar. Aku pun cuba ambik dan opss..terpatahkan sayapnya, langsung tak bernyawa.  Sory la nyamuk a.k.a cik Muk kerana menyakitimu hingga menemui ajal.  Sungguh, aku tak sengaja. Selamat tinggal Muk.



Dan tamat la riwayat cik Muk setelah bertemu cik Nga a.k.a telinga aku ni.  Okeyh, automatiknya dah tahu la kan bagaimana cara nak buangkan serangga yang masuk ke dalam telinga. Cuma korang kena tahan lama sikit la sakit dan geli tu supaya serangga tu boleh terbang sendiri dan siap boleh senyum lagi kat korang. Jangan jadi macam aku ni. Huh. -_-"


p/s : Minta-minta dia tak kacau aku malam jumaat ni.*peace la Muk.

*update.