Mencintai PenciptaMu ♥


Jangan kau mencintai DIE 
sebelum kau mencintai PenciptaMu

Jangan kau merindui DIE 
sebelum kau merindui PenciptaMu 

Jangan kau berbicara indah pada DIE  
sebelum mengucap zikir-zikir pada PenciptaMu

Jangan kau serahkan jiwa raga pada DIE 
sebelum kau serahkan pada PenciptaMu 

DIE hanyalah cinta sementara  
manakala 
cinta pada PenciptaMu jua yang abadi...


p/s : Ya Allah..kurniakan aku kekasih halaL yang mencintaiMu terlebih dahulu sebelum mencintaiku..amiiin....


Gastrik ***

Semua pernah dengar tentang gastrik kan. Ini lah penyakit yang aku paling tak suke, tak suke sangat sangat sangat. Tapi sekarang, aku sendiri yang menghidapi nya. Waaaa....cedih sangat, selalu sakit perut, jadi rindu masakan ma!!. Sekarang aku kena lebih menjaga pemakanan, kena lebih teratur.  So, aku search pasal gastrik ni dan nak share sama-sama kat blog kesayangan ku ini.

Apa itu gastrik??!
----> Perut kite ni mengeluarkan asid yang kuat dan pepsin untuk menghadam dan bertindak pada permukaan makanan.  Apabila terjadi gastrik, asid tu akan bertindak pada permukaan perut dan membuatkan kite rasa sakit macam luka dalam perut ni. 

Punca Gastrik??!
----> Merokok  ( nope! )
----> Minum minuman beralkohol (nope!)
----> Jangkitan bakteria ( ??? )
----> Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu ( yup, bizi la..sampai leh xperasan yang perut ni dah lapar, cian perut kan )
----> Gaya hidup tertekan ( maybe...)
 
 Tanda-tanda menghidapi gastrik ??!
----> Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi (yup!)
----> Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut.  Kita akan hilang selera untuk makan. Maybe jugak simptom ini dialami tanpa sakit kepala
----> Muntah yang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal (tak pernah lagi )
----> Sakit perut yang kadang kala teramat sakit (yup, sakit sangat sebab angin yang berkumpul )
----> Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok  atau diurut (yup, selalu!)

Nak mengatasi gastrik ??!
----> Pastikan waktu makan teratur dan lengkap pada setiap hari iaitu makan pagi, makan tengahari dan makan malam
----> Selepas makan nasi, amalkan minum air suam dan bukannya minum minuman berais atau minuman manis (skyjuice is the bestttt!!)
----> Elakkan makan makanan ringan, jeruk buahan dan juga mi segera ( say NO!! )
----> Elakkan minum air nescafe, teh, kopi, minuman bergas dan minuman masam seperti limau ais atau oren sanquick
----> Elakkan makan terlalu kenyang ( berhenti makan sebelum kenyang, contohilah Rasulullah S.A.W!)
---->  Minum susu segar atau susu full cream ( waaa..perut aku tak leh terima susu!!!)

Tiga kategori pesakit gastrik ??!
----> Orang yang hanya fikirkan untuk kelihatan cantik menarik deBoOoM!..sanggup berdiet keterlaluan sehingga menyeksa diri
----> Orang yang terlalu memikirkan nikmat keduniaan yang mengejar masa sehingga lupakan perut yang tak boleh berkata-kata untuk meminta diisi.  Padahal perut merupakan sebahagian dari amanah Allah S.W.T kepada hambaNya.  Kalau sakit, macam mana nak beribadat pada Nya?..(yup, aku termasuk dalam kategori ni, astaghfirullahalaziim..)
----> Orang yang hanya fikir nikamat sementara sahaja.  Kalau boleh, hari-hari mau makan KFC, Mc'D, Pizza dan macam-macam lagi. Langsung tak pikir bila dah sakit, ape pun dah tak boleh makan.

p/s : Gastrik leh jadi ulser perut tau, lagi kritikal..aku tak mau!!! 






Warisan ♥

Salam buat para pembaca..


Aku nak share satu lirik lagu yang beshhh, yang aku dapat semasa di kem BTN, jikalau dihayati betul-betul lirik lagu ini, ia amat memberi kesedaran kepada kita mengenai asal-usul nenek moyang kita sehinggalah apa yang kita ada pada hari ini amat bernilai harganya.

 Anak kecil main api
Terbakar hati yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa antaralah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara 
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara

p/s : pernah dengar lagu ni kan, kalau macam tu cuba kita hayatinya pulak.







i'm bAck..!!

Waaaa....lamenye tak jenguk blog kesayanganku ini.  I mich my bLog so much..muahahahaa..huhu. Aku bukan malas atau busy bOdy terlampau pe kaitan lak, huhu..
Aku pergi kem la..kem BTN (Biro Tatanegara)...Kem ni best la..banyak memberi kesedaran kepada aku untuk menjadi rakyat yang mesti peka terhadap perkembangan negara serta melatih sikap kepimpinan dalam diri..like3!!!

:: bersama ahli kumpulan Serikandi de Bintang dan fasilitator En. Kamal..


p/s : Masa kem ni, aku selalu pening-pening & selalu tak join riadah pagi..why??unlike!!!



NoorAfzan Birhtday Giveaway..

Waa..ade giveaway..kene try masuk ni..huhu
Setelah aku melengkapi semua syarat-syaratnya, tibe time untuk mempromosi pulak..
Jom la pakat join..menghangatkan lagi pemilihan ni (menipiskan peluang aku untuk menang lak..huhu, xpe3)
Nak tahu secara detail, klik SINI ataupun banner kat sidebar blog ni..
 :
 :

MyEm0.ComHappy Belated Birthday yang ke-25 tO kak Afzan, moge berbahagia dan sukses in your life..amiiinnn!!






Ku Tanya Hati ♥

Ku tanya hati 
Ku tepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku in?
Terasa sangsi masih belum ku mengerti
Adakah aku dilanda laluan pasti

Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita yang suci dari sempadan?
Berikan petunjuk hidayah dan pesanan 
Bawakan doaku terus ke takhta pangkuan

Berbalas pandangan mataku dengan sang bulan
Bagaikan bicara mengharapkan pengertian 
Moga disusun bintang yang berselerakan
Menjadi landasan laluan perjalanan
Kutanya hati apakah bisa aku khianati
Dengan kata hati yang tidak pasti
Atau akukah yang tidak mengerti
Betapa berharganya hati yang suci

Subhanallah....
Indahnya hati pemberian Allah
Akan ku jaga biarpun payah
Akan kuhias dengan sifat mahmudah
Akan kusingkir sifat mazmumah

p/s : ~ jiwang la pulak aku malam ni kan..tapi, jadikan la ianya sebagai renungan bersama wahai  teman-teman sekalian.  
~ Terpenting sekali karya di atas bukan lah hasil cetusan idea ku sendiri tapi daripada buku Ubat Hati, Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman terbitan Telaga Biru (gambar buku di atas ye)...Buku ni beshhh, baca jangan tak baca!! (tetibe promote buku lak) dowh~~~...





Kisah Mira Maro

Di suatu pagi yang hening, nenek masuk ke bilik Mira dan Maro untuk mengejutkan mereka berdua untuk ke sekolah.

Nenek  : Mira..Maro..bangunlah cu, dah pagi ni. Bangunlah bersiap ke sekolah

Maro   :  Ala nek..awal lagi ni.

Nenek : Awal kamu kata,  ayam dok berkokok dari tadi lagi, Dah..baik kamu bangun sekarang

Setelah nenek meninggalkan mereka, mereka terus menyambung tidur lagi.  Sehinggalah kakak mereka yang garang iaitu Kak Kiah masuk untuk mengejutkan mereka.

Kak Kiah : MasyaAllah, kamu berdua ni..tak nak bangun lagi k? Akak simbah ngan air baru tau.  Dah, bangun sekarang!

Mira & Maro : Yela akak.

Mereka berdua pun bangun dan terus bersiap-siap untuk bersarapan sebelum ke sekolah.

Nenek : Cucu nenek berdua ni, makan lah cepat nanti lewat lagi ke sekolah.
Mira & Maro : ermmmmm 

Kak Kiah : Haa..buat muka lagi, nak bangun tidur pun liat, nasib baik saya xsimbah je diorang ni dengan air sejuk.  Nenek ni manjakan sangat diorang.

Nenek :  Kamu berdua ni lain kali kamu kena la hormat kan orang yang lebih dewasa.  Esok nenek nak tengok kamu bangun awal pagi dan tak  nak malas-malas macam tadi. Nenek sayang cucu-cucu nenek ni.

........................................................................................tamat...

***** Di atas ni bukan cerita suka-suka, tapi untuk salah satu ISL PRA 3106 ( Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak di Prasekolah)..huhu, cerita untuk tajuk 'Boneka Kayu'..
** cOmel x?
setelah berpenat lelah dengan tekunnya bersama ahli-ahli kumpulan ku iaitu hanum, kak mek & hajar..terbalas jugak dengan hasilnya yang begitu sempurna..ehehe


p/s : maybe citer ni tak sedap, tapi aku amat berbangga dengan hasil seni kreativiti ini!!
waaa...dah lewat ni, mau tidor la, tadi ma baru je pesan, 'JANGAN TIDO LEWAT-LEWAT..' 
thanx ma..mich u!!  

MyEm0.Com

** wEek---eNd **

Ala...weekend dah habis, esOk dah start kelas balik..huhu.  Tak pela..yang penting tercapai gak hasratku nak tengOk KL Drift, citer ni dah lama kuar tapi disebabkan kesibukkan dok berbulan madu ngan assingment, sO tak sempat la nak kuar tengok wayang..Aku ni bukannya jenis kaki wayang tapi tak tau la memang excited giler nak tengOk KL Drift ni, sebab pelakon-pelakon yang encem-encem kot..huhu. 

~~Ni ade sedikit kenangan untuk dikongsi bersama..
:
* wif my sweEt3 frenz, cHombi,hanum, na n Ida!!

* tema merah..huhu
 * hoho..promote citer baru lak, tapi tak sempat nak tengok tadi..emm...besttt k??!
ooopsss..Farid Kamil dah tak tahu nak pilih mana satu, sepatutnye citer ni bertajuk Stilletoemieysandra..kuang3..hancussss!




Contest Spectikular Specky**

aku terjumpe contest ni masa dok syOk berbLogwalking..
cam menarik je
..erm..memang agak menarik pun 
sO, tergerak la hati nak join..
tapi, terdetik di hati ..segannyer..
tak pernah masuk contest..hwaaaaaaaaa
jOin ke tak yah jOin ?
emmmm..
mmmm...mmm
:
:
:
:
akhirnya...




aku masuk jugak!!

ni first time aku masuk contest la
tak pe la..saje cuba-cuba nasib kan..
mana tahu dapat menawan hati cik Paro dan juri-juri contest ni kan..ahakssssss
sO, aku jOin dan mempertaruhkan gambar ni
 ♥

ehem ehem
:
:
:
tadaaaaaaaaa....

ni la gambarnye..gambar ni di snap oleh aku sendiri lepas penat bersiar-siar di Pantai Bachok, di negeri kebanggaanku, negeri Cik Siti Wan Kembang (semua kenal kn...^_^)..

juri-juri, okey tak gambar ni ??!

but fOr me, okey la..huhuhuhu

*update : 6/3/10- Cik Paro telah menemui sang pemenang yang memang betOl-betOl layak..check it out..tekan sini.



Merinduimu...

malam ni aku teringat sangat kat die.. 
kenapa ek? hope die tak de ape-ape 
aku rindu senyuman die 
aku rindu sangat nak dengar suara die 
tapi.. ape yang kau boleh buat,
aku terpaksa berada di sini 
tak boleh berada dengan die sekarang..
hwaaaaaaaaaaaaa.....
tak tertahan rasa rindu ini...
mich u my dear...


 ♥ 
:
 ♥ 
:
 ♥ 
:
   ♥   
:

:

:

:
:
:
~rindu si comot nie 


  
~muke frust sebab tak dapat mandi pantai..ciannyerr


 
~men celup kaki je la ek..


 
~ngan style comey die..peace and senyuman yang tak boleh nampak gigi..huhu
   

Ni la adik kesayanganku, buah hati penyeri kami sekeluarga, al maklumlah yang bongsu kan. Sampai ma pernah cakap " adik tak soh jadi besar la, nanti tak dok orang nak wat ma suko doh"...Sebabnya, kitorang terhibur ngan kerenah cOmel n nakal akif ni.Sekarang die dah sekolah, darjah 1 pun..Hope sampai besar pun Akif akan bahagiakan ma eh, wat ma gembira dan kitorang satu family akan gembira..muaaachhhhhhhhh u oWezzzz!!! 


I'm Not Perfect...

 
i'm nOt perfect!!!
bagus..semua orang kena cakap camtu..
yela..untuk mengingatkan diri masing-masing jangan rasa diri tu bagus sangat
bila kita dOk rasa diri kita bagus sangat, semua orang di pandangannya teruk..



terpOst nyer entry ni sebab aku sakit hati sangat ngan member yang prasantun pinjam ayat am sangat, dan suke jual ikan SELFISH bukan laku pun..
* i'll be keep cOol,huh!*