Jangan biadap sangat!

As-salam..


Hal ni berlaku malam tadi, tetibe je ade seseorang tegur aku kat chat. Tak tahu la aku atau dia yang add dulu, yang pasti dia dari sekolah yang sama masa aku form6 dulu.  Mungkin dari sebab tu dia approve aku atau aku yang approve dia.  



 ~tulis baik-baik, nanti cikgu marah.>__<"~



Tadi, dia tegur kat chat.  Mula-mula okey je.  Aku tak kisah la, sesiapa yang tegur aku mesti aku akan balas balik. Kadang-kadang orang yang aku tak berapa rapat pun, boleh jadi mesra kat chat asal kena dengan gaya mutu keunggulan. opss.  Tiba-tiba je dia tanya aku kenapa guna gambar katun sebagai pic profil.  Masa tu aku guna gambar kartun rambut hijau kat atas tu.  Dia tanya tapi dia pi jawab sendiri,  sebab muka huduh kan.  Padahal dia guna gambar artis, so sama je la kan, tak guna gambar sendiri jugak, so?  Ayat dia memang direct macam tak pernah jumpa penapis kalau bersembang dengan orang.  Lepas tu, aku mula nak bagi nasihat, konon-konon nak sedarkan diri dia tu.  Tapi dia makin teruk, dia menggunakan pulak perkataan ju*or.  Orang kelantan, mesti dapat agak perkataan tu.  Pada aku, kasar dan biadap lebih-lebih lagi untuk orang yang dia baru kenal dan jugak kepada PEREMPUAN.




Tak fikir panjang, aku terus bukak page dia.  Dia private kan wall dia, aku memang tak leh tahu apa-apa la.  Aku terus ke sudut bawah bahagian kiri dan picit block this person.  Baru puas hati, biadap sangat.  Tak nampak macam dia nak bergurau, jadi aku block terus lagi senang. 




Aku tak kisah kalau nak chatting sembang-sembang, tapi gunakan la ayat yang ok sikit. Lagi satu, aku selalu jugak tengok orang guna identiti lain di facebook ni.  Diorang meletakkan gambar bukan diri mereka, contohnya letak gambar artis, kartun, alam sekeliling. Sampai aku tak cam mereka ni, mereka lak boleh kata kat aku, "aku kenal kau..tapi kau tak kenal aku", dulu ada kawan pernah buat macam ni.  Memang la, dah muka aku tu penuh kat profile album, dan kau ni pulak  objek alam sekeliling yang penuh.  Kalau yang jenis tak ganggu hidup aku, tak hamburkan ayat-ayat keganasan serta berunsur kurang sopan, aku okey je. Buat la apa mahumu. 



pstt : Jangan la ada sesiapa yang terasa okeyh, panjang pulak aku membebel ni.   


19 comments:

~qiFFara~ said...

mmg biadap itu org!

~MiKaPaRaDiSe~ said...

tak baik betul org cm tu...x suka!

zaL_cdpx said...

alaaaa..., org dengki.., cmtu r..
aku rsa mayb dia nk gurau tp cara dia ternyata salah !!!

maafkn je dia..., lantak dia.. lama2 dia insaf sndrik

Makbed said...

kuang asam tui org tu. baru nak blajo berchatting kot.

nazirulhazwan~ said...

fuh babe, leks2, chill o0o pagi2 ni,hehe:P

Zara Affendi said...

hoho. kalo aku pon aku blok jer terus.

::Miss Pikon:: said...

ada jugak manusia spesis camtu ek..

twinkle twinkle said...

hee xsedar diri betul org itu

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

baling je pasir kat muke dye,, huh ! (org klntn bese la,) ups !

iszieylyanziy said...

euw,,xsukenye orang macam tu,,,hawau jek,,,

2+2=5 said...

agaknya org tu jeles ngn cik emiey kut...kikikiki..bagus cik emiey dah block...ohohhoho

Ayuu said...

selalu terjadi.
block dengan cara sopan lebih baek, HAHA.
sabar banyk :)

ciknabil-a said...

apa la org cm tue.. hmm sabar ea? huhu..

Cik Tom said...

sbr..mmg biadap..baguih..block je...

Qaseh dalia adelia said...

hehehe manusia selalu kondem org tnpa tgk diri sendiri..sbr je lah hati ..block ok r tu mesti die ase sakit aty kikiki..sbr ye sis

Cik Tom said...

cik tom amik banner emiey ye..comel :)

♥-- emieysandra --♥ said...

Siti Faridah Harun (mcm pggil ank murid lak)..what u mean? grr! :P

mia said...

kahkahka..bia je emi..mia kalau org gini, xmelayan da..hehe..seyesly annoying gile

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

xde apelah dear,, hehe