Insomnia

As-salam..


Aku tak mau citer pasal orang lain, tapi pasal aku jer.  Selalu sangat kena insomnia ni.  Masa kat asrama dulu sampai nak nangis gak tak leh tidur sebab keesokkan kena jawab paper Anatomi, tak ingat lak nama penuh paper tu sebab tu paper sem lepas.  Bagi aku tu paper killer sepanjang aku study, dasyat kan.  Sebab tu aku tak jadi doktor, titik.


Makan masa jugak nak pulih imsonia ni.  Sesiapa yang tak tahu, imsomnia ni masalah tak boleh tidur. Masalah ini boleh menjejaskan hari indah you all, err..aku  serta membuatkan aku rasa teruk sangat. Yela, kalau tak boleh tidur tu boleh update blog tak pe gak, boleh tarik trafik blog, ni nak blogwalking pun malas..hadoiii..shian aku kan.. 
Ini lah masalah aku kebelakangan ni sampai semalam baru aku boleh kurangkan sikit.



Punca-punca Insomnia mengikut pengalaman aku dulu dan sekarang.

Stress dengan masalah
- Nak tidor pun asyik fikirkan masalah.  Bila pejam mata, mula fikir nanti hantu kak Limah akan datang cekik sampai terputus leher........anak patung.  Tu contoh je.  Fikir andaian yang buruk-buruk sangat, pastu celik kembali mata tu. Mula lah sesi pejam celik pejam celik pejam celik celik celik sampai ke subuh.


Keletihan otot yang terlampau.
- Masa foundation dulu aku banyak aktiviti Pendidikan Jasmani.  Nak pulak ada ujian UKJK iaitu ujian kecergasan badan. Banyak latihan kena buat. Jadi, bila malam tu terlalu penat sampai tak leh tidur. Biasanya, kalau penat boleh tidor sampai tak ingat dunia.  Tapi percaya la, bila kena macam aku ni baru nangis tak berlagu takut dengar kat rumet, kalau di asrama la. Kat umah pun, nangis ke? ish pompuan nih.


Bergaduh dengan boipren
- Bagus betol aku ni kan, gaduh dengan boipren sampai tak tidur.  Itulah, konon-konon nak tunjuk protes dengan dera badan sendiri.  Dah tu, dia nak gaduh time malam kan.  Lain kali aku nak pesan supaya gaduh time pagi sampai petang, bila malam automatik kena baik. Err..macam aku je yang tak boleh ikut,  dah dia yang tak reti-reti pujuk aku, damn betol.  hahaha, lawak tol asyik gaduh but i still loving you till now.  Sory, terjiwang karet pulaks dos! Tapi, yang ni tak elok sangat.  Kalau ada sesiapa yang macam aku, marilah kita sama-sama berubah, BF tu belum tentu akan jadi milik kita selamanya, kan.  Tengok ,aku dah ada kesedaran.


Selalu tidor petang
Siapa yang selalu tidor petang, konpem akan ada masalah untuk tidor malam tu. Kat asrama aku memang selalu tidor petang bila takde kelas petang sebab aku rasa boring sangat dengan suasana kat asrama, tu yang buat aku mengantuk. Kat rumah ok jer, aku tolong mak masak, tolong sapu halaman, angkat baju, lipat baju, ok dah semua tu TIPU saje. Aku ni pemalas, titik.  Huh, harap la masuk asrama baru tahun depan, dapat ubah habit tidor petang ni.



Cara-cara nak mengatasi insomnia ni pulak senang jer, 
bergantung pada malas atau rajinnyer diri anda tu.

Kemas Bilik
- kemaskan bilik, kemudian hiaslah dengan warna-warna yang ceria.  Yang boleh buat you all berbangga itulah bilik  you all. Bila masuk bilik, terasa aman dan fikiran pun tenang.  Bersihkan bilik tu dari debu dan sampah-sampah supaya you all rasa segar macam bercuti di Pulau Aman, sape tengok Seribu Kali Cinta tahu lah, ehehe. Boleh ditambah dengan bunga segar yang mencantikkan pemandangan dan juga kesegaran bau bilik tu.  Tak pun, paling senang la, letakkan pewangi bilik.  Sekarang ni murah je yang set time, setiap setengah jam bilik tu akan disembur wangian secara automatik, time tu boleh setting rasanyer. Sape rumet aku sem depan? tolong beli eh..hoho, dush3.



Senaman
- Dengan bangganya aku nak bagitahu yang masa kat asrama aku selalu joging.  Walaupun bukan tiap-tiap hari tapi ok lah daripada sesiapa kat asrama tu yang tak pernah tau berapa jauh track di stadium baru tu. Kecoh tol aku ni kan.  Betol, joging ni pun salah satu senaman paling senang, kena lari je tapi jangan lupa lak buat regangan sebelum dan selepas joging tu.  Kalau tak boleh jaging, pergi main dengan budak kecik.  Nak pulak, budak tu baru lepas makan coklat bar, aiskrim coklat ataupun ape-ape coklat la, memang kuat la energy nyer dok mengejar.  Kejap-kejap ajak you all melompat lak.  Kejap-kejap ajak main hantu Kak Limah, err?..huhu..layankan je la, boleh bersenam jugak kan.

~ ini contoh senaman lidah untuk budak tecik supaya die tak bising menjerit =.='


Pemakanan
- Jaga pemakanan dengan baik.  Makan makanan yang berkhasiat dan lengkap tiga kali sehari.  Barulah hidup senantiasa riang!.  Makan kenyang-kenyang, jangan dok diet berlebihan, kang nak tidor malam tu perut dok nyanyi lagu Ramli Sarip..hoho, rock u!! 
pas tu mula la mesej hubby 'i lapar, takleh tidor'.  Pastu si hubby pun balas 'u nak makan ape tengah-tengah malam ni, makan i je la'. kan grrr! hahaha. Cuba ikut piramid makanan tu, budak kecik pun tahu la kena makan sayur untuk sihat, ape daa..:P


sekian sudaaaaaa.........


psst : itu mengikut pengalaman aku la, 
ada tambahan lain? drop it on comment, okeyh.

12 comments:

nurulwaeda said...

gud info~ thanks..
heheh

Fyzal said...

sesape ada masalah insomnia.. mudah je nk setel.. anda beli satu buku Law, kalau boleh kat depan dia ade tulis tajuk Jurisprudence.. baca buku tu dalam 2 ke 3 muka, mungkin boleh setel masalah takleh tido malam :)

p/s: ini berdasarkan pengalaman sendiri :D

sugar2 kapas strawberry said...

same goes with me..selalu gak insomnia.org ckp klu kita sush nk tdo minum susu.tp da lama x beli susu.haihhh..then kul 4 pg xleh tdo..then esok g klas rasa nk munth pening effect xtdo

emieysandra said...

@ nurulwaeda
:- hntam sajer tu..huhu


@ Fyzal
:- Law? tgk muke dpn tu pun trus tertidur kot..huhu

sharaBUNGA said...

keh keh keh
bgus info neyh syggg...
tapi tak rajen pulak nk wat senaman
grrr... -.-

Amir Izzat said...

nampaknya saya pun ada ciri ciri ini. Patutlah semasa nak tidur pun masih teringatkan aweks.. eh! teringatkan benda lain ..tapi masa berak pun teringatkan juga.. Hahha.. Alamak! maaf tersasul.

nak ubat dia ikut cara tu ek? patutlah..bilik den tak ceria. nak cat warna pink lah. hehe.

emieysandra said...

@ sharaBUNGA
:- kena la rajin, usaha jugak, pakat ng kwn..pkse die bebel kt shara klu shara mls b'snam..ehehe :P


@ Amir Izzat
:- gud3..pink k, i loike..huhu

emieysandra said...

@ sugar2 kapas strawberry
:- rmai gk b'pndapat minum susu utk sng tidor..emiey xsnaraikn kt ats sb emiey alahan minum susu, klu minum susu..lg cerah mata sb dok ulg-alik pi tndas..cirit birit uh..huhu :P

mira said...

insomnia pnyakt susah nak tido kan?

kalau susah nak bgun penyakit ape eh?

huhu.

klu susah nak tido sng je, buat sit up atas katil smpi 30,nt penat then tertido.klu mira la..org lain tatau.huhu.

mie said...

betul tu!!!
nak kena lebih senaman..
hehehee

CIK TOM said...

senaman tue bagus..kalau makan??huhu...

Anip™ said...

kesiannyer..hehehe

Latest Entry :
-> Pernah Korang Melihat Akuarium Sebesar ini?
-> Serius, Bila Korang Tengok Kek Ni, Korang Rasa Sayang Nak Makan !