ajak kahwin, banyak pulak alasannya.

As-salam..

Mungkin tahun ni aku dan dia akan mengucapkan wish sempena 3rd anniversary kitorang dengan calling dari jauh la. Tiap-tiap mesti tahun dok jauh.  Tak pernah sambut pun, dan bukan nak sambut jugak.  Kalau boleh, make the day special, unique or more to giler-giler. Ataupun dengan bercerita dengan detik perkenalan ataupun bercerita mengenai diri masing-masing dengan lebih banyak lagi.  Lelaki kan tak suka bercakap macam tu,i mean terlalu berterus-terang tentang dirinya. Ye kan? So, sebelah pihak perempuan la yang suarakan dulu.  Then, kalau pihak lelaki tu setuju.  Dia takkan kata ape-ape.aih, macam pompuan pulak.  Kalau dia tak setuju, dia akan menambah.  Aku pernah cerita pasal kahwin awal ni kat dia.  Sekarang kan dan jadi trend kahwin awal.  Belajar memang bukan alasan untuk tidak meneruskan niat kahwin tu. Kalau nak, kahwin la.  Aku tak kata nak kahwin awal, just bagi hint gitu je nak tengok sejauh mana dia serius dengan hubungan ni sebab dia sebut hal kahwin main je.

Contohnya macam situasi kat bawah ni.

Aku : Comelnya budak tu..
sambil tunjuk kat seorang budak kecik yang tengah kejar kereta control yang abangnye main.
Dia : Suka ke?
Aku : suke suke suke.
Aku jawab la dengan jujur tanpa dikuasai kegedikkan pun, mungkin dah cuba menghayati naluri seorang ibu yang matang sikit.uh.
Dia : Jom kahwin la sambil buat mata menggoda.
Aku : Eeuww!
Pada gelagatnya, bukan pada perkataannya. huhu.


.will u marry me?.
next question, please.
(boleh pulak ;p)


Bila aku cerita pasal kahwin awal ni dengan nada serius. Dia pun serius gak. Dengan jujur, dia mengaku yang the first thing dia tak nak kahwin sebab tak puas enjoy lagi. Enjoy tu perkara utama.  Sakit gak bila dengar.  Tapi bila dipikirkan leklok dengan penjelasan yang dia bagi.  Betol jugak. Kitorang kan baru 21tahun. Baru?ceiit. Banyak lagi nak explore.  Dia minat pada kereta, pada kamera dan baju-baju. Dia layan bundle okeyh, tapi yang brand la. Sungguh stylo ini laki memang mengalahkan aku la. Aku pulak pada blog dan pada fesyen-fesyen.  Macam mana tu kalau ada anak nanti, mahunya nak pakaikan anak dengan baju bundle. Ada ke pakaian budak?. Dan aku pulak, tukar lampin anak sebelah tangan, sebelah tangan lagi tengah update entri.  Sungguh terrer ini pompuan kan. Camne tu? termenung seketika. Aku terima alasannya yang tu. Lagipun, aku tahu dia bukan enjoy bersosial tak bertempat.  Semua kawan-kawan dia dan jugak kawan rapat dia aku kenal. Alasan ni juga boleh mengelakkan kes cerai.  Tak puas enjoy lagi dah kahwin.  Lepas tu mengamuk sini, tak faham sana, mulalah buka kes cerai naik mahkamah sana sini. Nauzubillah.minta dijauhkan.amin.


.eloknya sebuah perkahwinan.
~credit to google~

'Hubby tak nak kahwin dengan sayang lagi bukan sebab tak sayangkan sayang, tapi sebab nak balas jasa mak dulu.  Nak bagi kesenangan pada dia dulu', chup!, hubby dan sayang tu hanya rekaan untuk menyedapkan ayat je. Mau terbelit lidah aku nak sebut panggilan tu. Dalam mesej tu, boleh la ;p.  Alasan ni memang aku akur sungguh. Dia anak sulung dan aku anak kedua.  Jadi, tanggungjawab kitorang sememangnya berat. Balas jasa kedua orang ibu bapa dulu baru boleh fikir kesenangan sendiri.  Ya, tanggungjawab aku pun besar pada ma dan abah kerana aku lah anak harapan mereka untuk menjadi contoh pada adik-adik lain. Sayu lak rasa bila berkaitan dengan ibu bapa ni kan. Penat mereka membesarkan kita, senang-lenang pulak kita bila dah besar.  Memang la kalau dah kahwin masih boleh fikir ibubapa, tapi akan terbahagi. Ayah bagitahu nak besarkan rumah, kau yang tua hulur lah sikit. Camne tu? baru je plan nak tukar set sofa kat rumah sendiri. Meskipun wanita menerima nafkah zahir dari suami, of course la duit gaji masuk digunakan untuk kepentingan keluarga juga. Nak simpan untuk masa depan anak-anak kan. 



Alasan dia yang terakhir.  Aku agak la, sebab yang lain aku dah lupa. Dia nak ada rumah, ada kereta sendiri dan kewangan dah kukuh.  Mula-mula dengar, rasa berat jugak. Lambat lagi lah nampaknya.  Tapi, difikir-fikirkan balik. Semua tu memang penting pada masa sekarang.  Nak pergi jalan-jalan round key-el u nak dukung i ke?tak de maknanyer. Nak beli pamper anak dengan kertas cop cinta (love) banyak-banyak ke?ingat laku sangat ke cinta ku kau di mata orang lain.  Tak de nilai nya. Aku akan tunggu semua impian dia dan aku tercapai. Aku juga dah menjadikan semua tu sebagai impian aku.  See, satu lagi pengaruh yang dia bagi kat aku. Ini juga benda yang baik sebagai motivasi untuk mencapai impian kan kan.



Banyak la pulak aku membebel di pagi buta ni.  Ini lah sebabnya, semangat nak tengok citer hero korea tadi tapi rupanyer aku yang ditengoknya (tertidur). Nasib baik tak meleleh air liur basi.  Sekarang, mata tak boleh tutup.  Idea pulak yang mencurah-curah ke ladang gandum. Stop dulu la.



p/s : Ini hanya pengalaman personal aku. Kalau nak kritik boleh, tapi dengan bahasa yang indah la, nak bagi nasihat pun boleh, aku sentiasa menerima.


11 comments:

rieyana ynn said...

byk sangat alasan...bawak kahwin lari baru tau...ahaks...;d

apik pehe said...

haha..terlebey mengelamun da ni emiey oiii..belaja tu dulu biar habis..hahaha

twinkle twinkle said...

lame mane pon tunggu insyaAllah ade jodoh ye akk :)

Afiq Din said...

klu pinjaman plajaran free blh la kawen cpt2...
xyh dok pikir hutang pas grad

cik hani said...

hai emiey,,
wow...entry luahan rasa versi matang ni..
hikk (just kidding)
setuju !! nk kwin ni nk kena pikir byk2 kali kn..
betul gak kata BF emiey dia nk bagi sediakan kete, uamh dulu b4 kawin..
suwitnya... betul2 nk bagi kebahagiaan utk emiey..
anyway epi anniversary tau utk u olls..
=)

miemen said...

=)
suke...
setuju...

padin said...

kawin ni bukan perkara main2 kan, banyak perkara kena ambil kira, yang penting adakah bersedia utk kawen keh3

♥-- emieysandra --♥ said...

@ rieyanna ynn
:- hahaha ;p

@ apikpehe
:- ye la apik, tp study bkn alasannyer.. ;p

@ twinkle twinkle
:- insyaAllah, hrp2 mcm2 tu ;D

@ Afiq Din
:- tol gak, tp emiey ttap syukur dengan apa yg ada ;D

@ cik hani
:- aigO..slme ni pnulisan tak matang ke?huhu..mestilah, kbhagiaan kne rancang dulu kn.. ;p

@ miemin
:- hehe, mekasih ;D

@ padin
:- betOl tu en.padin..kne bersedia dulu..;D

platipus said...

nnt jgn lupa jemput bila btol2 dh ready nk kawen..grrr

iszieylyanziy said...

jodoh xkemana,,,sokong x?hehe

♥-- emieysandra --♥ said...

@ platipus
:- owrite! dh msuk list ni ..;p

@ iszieylyanziy
:- sokong sgt2! ;D