Tutorial : Link kan gambar.

As-salam..


Di kedinginan petang yang sejuk ni dengan internet yang lembap ni. Baiklah , aku bermain di kawasan dunia sendiri dengan mengupdate blog ni. Dan juga melupakan seketika rasa ekcited dengan OMG tadi. Hari ni aku buat tutorial yang simple je sebab aku dapati ramai blogger baru yang memfollowkan diri kat sini. Harapnya ini dapat membantu.  
Macam mana kita nak ambik html gambar dan juga link kan gambar tersebut ke page lain. 


Macam biasa, sila right click dan ambik new tab untuk hasil gambar yang memuaskan.


Untuk ambik html gambar, kita boleh juga guna photobucket.com.  Tapi nak senang, kita ambik je kat new post.  
Dengan cara, bukak new post - upload photo. Bila dah siap upload photo.

Tukarkan compose ke edit HTML, kat sebelah kanan atas new post tu. Jumpa kan?
Lepas tu, gambar yang diupload tadi dah ditukar ke kod html

Biarkan dulu, lepas tu ambil Design - Add a gadget - HTML/javascript
Kalau kita ambik Picture pun boleh, tapi tak boleh nak resize gambar la.  Kalau ambik HTML/javascript ni, kita boleh resize gambar, nak kecilkan lebar/tinggi lebih senang dengan hanya klik je gambar tu.

Masukkan kod html yang kita ada dalam new post (gambar 1) tadi ke dalam content HTML/javascript ni. 
Kemudian, tekan butang hijau yang ditunjukkan heart merah tu. Dia akan minta link.  Jadi, masukkan link page ataupun link entri contest yang banyak suruh link banner contest diorang kan. Siapa yang sebelum ni tak tahu tu, boleh dah masuk contest lepas ni..hoye! ;p


 

Dah masukkan url, tekan OK dan SAVE.
Gadget tu boleh la di bawa ke atas, ke bawah ke kiri kanan.


p/s : mood hari ni, rajin nak mengupdate! caiyok3.



2 comments:

noorafzan said...

dulu time guna blogspot pun saya buat camtu gak..
=)

chenta_101010 said...

mmm..header tu lawa..nak wat camne ek..?