Hidup Mengata Dan Dikata

Salam..

hai hai..
emiey in da wOrld!! gediks la pulak. sebelum dikata orang, baik mengata sendiri. Okey x? :D

Dah dua hari tak update, sebab?
::otaktakdeideamauupdatebilamanaterlalumemikirkanexam::
ada paham?!




Okey, back to our topic today..
Hidup mengata dan dikata. huh..macam berat je tajuk ni, takpe-takpe we make it simple. (uishh..ade gaya mengajar dah ni)


Pernah tak anda mengata orang? hah..nak geleng or angguk tu..


contoh :-
''Eh..tengok si A tu tak malu betul, ke hulu ke hilir bawa bakul karipap tu.  Dahla karipap tu tak sedap, siapa la yang nak beli" kata si B kepada si C dan si D.


Mengata orang a.k.a mengumpat yang merupakan satu amalan mazmumah dan hukumnya haram. Seseorang itu mengumpat apabila berkeinginan untuk menghancurkan dan menjatuhkan reputasi seseorang, menodai harga diri, kemulian dan kehormatan orang lain. Sedangkan orang itu tiada dihadapannya.


 ~sumber dari Google~


Tahukah?
Mengumpat itu disamakan dengan memakan daging saudara sendiri yang meninggal dunia. Sanggup ke makan daging saudara sendiri yang telah meninggal?!




Ada sebab kenapa mereka suka mengumpat. Menurut Imam Al-Ghazali, sebab yang mendorong seseorang itu suka mengumpat antaranya:

1- Menghilangkan kemarahan. Apabila seseorang itu marah pada seseorang, maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampurkan dengan hasat dan dengki.

2- Menjaga hati kawan yang mengumpat. Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan cerita yang ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.

3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dalam mayarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang lain untuk melepaskan diri daripada bertanggung jawap terhadap kemungkaran itu.

4- Menunjukan kebaikan diri sendiri. Untuk membuktikan kebaikannya, dia memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
 
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH, dia berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa, dialah yang lebih berhak mendapat anugerah itu.

 6- Menghina orang. Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah dengan dengan menceritakan keaiban orang itu. Macam contoh mengumpat kat atas tu, supaya perniagaan menjual karipap si A tu bankrap.

7- Tujuan bergurau, bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.

Betul kan?


Orang yang dikata/diumpat pula bagaimana?
Kalau dah selalu mengumpat mengata orang, lama-lama orang yang diumpat tu akan dapat tahu jugak.  Lagi pedih, kalau kawan baik sendiri yang berperangai macam tu. Sebabnya, dengki dan tak boleh tengok kawan sendiri mencapai kejayaan. Orang yang yang diumpat ni jangan la sedih-sedih, dan senang-senang merealisasikan impian dia untuk tengok kejatuhan anda.  Buat tak tahu je dan yang penting jangan percayakan dia lagi.


Satu peribahasa yang pernah Dato' Siti Nur Haliza gunakan masa dia mula menapak dalam bidang seni dulu. Lebih kurang macam ni la :-

'tak hidup dek pujian,
tak mati dek cacian'

Sekarang, dia menjadi orang yang berjaya dan disegani.

~suko letak gambo akak nie~


p/s : sekadar mencoret sebagai peringatan.



10 comments:

apik pehe said...

ye ye..apik sokong bulat2..
for the conclusion..jangan ngumpat..hehehe

AiDa AzRyN said...

Lawa kak siti~ :D

hamzah ian said...

kadang2 kita tak perasan sedang mengumpat kan..

Epy Ain said...

mengumpat dan diumpat..
dua perasaan yang berbeza ^_^
manusia ta lekang dr silap....
muhasabah diri selalu :>

amirasyraf said...

mengumpat ni tak baik..Berdosa pula tu...TAHNIAH MASUK Majalah Remaja ex

From:
http://www.ifaceblog.co.cc/

HaNTwO said...

biasala tu..kadang2 kita x sedar dalam perbualan kita tu ada umpatan...hahahah nak2 plak kalo bergosip lagi ler...cam pokcik heheh

maCy said...

menarik... macy tak tahulah kalau ada terlepas, tapi macy mmg xgemar mengumpat, kita xsuka diumpat, maka usah mengumpat. hidup ni kan karma..

dan. stuju dgn ambl hti org mngmpt.. sbb macy pn kdg2 mcm tu. adeh

♥-- emieysandra --♥ said...

yup..bnda tu kdg2 terlepaS, kite xsedar..kalau boleh elak, kite elakkan
same2 muhasabah diri :D

tot tot kecik said...

salam..


oo bahagian mana patt kite kawal..lidah atau mulut..??


atau mata..?


setakat ni mmg jauh2 dr nk wt sume2 ni..nk dgr org wt pn jauh2..klu bleh xnk dekt2 ngan mende2 ni..


tp nama pn manusia..kdg2 kte trlepas tnpe diduga..huhu

akubiomed said...

Kena hati ketika berbual kerana didalam berbual kekadang termengumpat pulak :-)