Cik Muk jumpa Cik Nga- aku dihantui.

As-salam..

Malam tadi, tengah khusyuk menghadap laptop plus melayari internet yang sangat bap bap cam ciput bab ni, tetibe telinga rasa sakit.  Rasa geli dan sakit, rupa-rupanya ada anak nyamuk (kecik) tersalah masuk ke dalam telinga aku ni.  Diingatkan atmosfera untuk berlegar-legar kot. Mana la boleh cik Muk, telinga saya tu sempit.  

Bila dah terasa sesuatu tu, aku pun terus la panggil adik perempuan aku dan cakap kat dia yang ada sesuatu masuk ke dalam telinga aku sambil pegang telinga dan buat gaya macam nak korek telinga, gaya jer. aipp, jangan bayangkan..burok!. Takkan la nak korek, kan habis bersemadi segala anggota tubuh nyamuk tu dalam telinga aku dan tiap kali malam jumaat, dia datang tanya aku kenapa aku bunuh dia..grrr, takut!. kan naya pada si pemilik telinga ni. Adik perempuan aku, langsung tak nolong. Dia cuma masuk bilik dan ambik puting kapas kemudian dia pegang je depan aku. Yela, takkan dia berani membuat cubaan membunuh cik Muk dalam telingan aku tu, telinga aku, bukan telinga dia. hahaha.


Tetiba, otak aku terlintas untuk menutup telinga di sebelah kanan, yang tak de cik Muk tu.  Cik Muk tu kat sebelah kiri.  Aku tutup kuat-kuat sampai ruang-ruang udara tak boleh masuk ke telinga kanan menggunakan jari telunjuk.  Nyamuk tu mula rimas dan bergerak-gerak kat telinga kiri aku. Aku rasa sakit dan geli, boleh bayangkan tak. Aku tahan lagi dalam dua minit dan aku rasa nyamuk tu dah berada kat luar. Aku pun cuba ambik dan opss..terpatahkan sayapnya, langsung tak bernyawa.  Sory la nyamuk a.k.a cik Muk kerana menyakitimu hingga menemui ajal.  Sungguh, aku tak sengaja. Selamat tinggal Muk.



Dan tamat la riwayat cik Muk setelah bertemu cik Nga a.k.a telinga aku ni.  Okeyh, automatiknya dah tahu la kan bagaimana cara nak buangkan serangga yang masuk ke dalam telinga. Cuma korang kena tahan lama sikit la sakit dan geli tu supaya serangga tu boleh terbang sendiri dan siap boleh senyum lagi kat korang. Jangan jadi macam aku ni. Huh. -_-"


p/s : Minta-minta dia tak kacau aku malam jumaat ni.*peace la Muk.

*update.

9 comments:

Bazilah said...

haiya nyamuk masuk telinga pun ade ke..haha macam-macam

♥-- emieysandra --♥ said...

@ Bazilah
:- ade la, 2 dok citer ni..hahaha
siap bg tips ag tu, baik ingat ;P

Amirrah Zawani said...

nasib baik x pernah masuk lagi telinga saya... hehee!!!

AiDa AzRyN said...

adeh.. aida pun pernah kena.. nyamuk masuk dlm telinga.. petua org tua2 dulu,letak kapur kat belakang telinga.. insyAllah,nyamuk tu kluar..

♥-- emieysandra --♥ said...

@ Amirrah Zawani
:- nanti kne baru tau :P

@ Aida Azrynn
:- gune je petua emiey tu, seyes menjadi..pengalaman real kt atas tu ;)

caliph shuriken said...

x payah panggey CSI cmni, kes dh selesai, hukk...

♥-- emieysandra --♥ said...

@ Caliph Shuriken
:- ha'a..nyamuk punyer keje :P

caliph shuriken said...

msti nyamuk tu smpat karaoke 2~3 lagu wktu kt dlm tu kn :p

♥-- emieysandra --♥ said...

Caliph Shuriken
:- aiyyak, bukan 3 tapi bertiga-tiga yang ambe je boleh rase, hahaha ;p