FULLSTOP pada kesedihan ini.


Salam buat para pembaca..

Kehidupan ini ibarat roda, 
kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah.  
Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih, 
kadang-kadang kita bahagia, kadang-kadang kita menderita.

Walau apa pun yang berlaku, ianya hanya ujian Allah S.W.T kepada kita.
Tika bahagia, Allah menguji adakah kita akan lalai dan melupakanNya.
Tika menderita pun, Allah menguji sejauh mana kita mengingatiNya.


Entri ni, entri ni, entri ini dan entri ni yang sebenarnye berkait dan menunjukkan betapa aku tak jelas dengan perasaan sendiri.  Aku berasa marah, aku berasa sayu dan sedih.

Tapi sekarang, hanya satu rasa iaitu SEDIH.
Kesemua entri itu mengenai teman yang aku anggap sahabat.
Terpulang pada pandangan masing-masing kerana sememangnya aku takkan mampu membuka kisah yang sebenar.  Mungkin akan ada orang terasa ia mengenai dirinya, tepuk dada tanyalah selera.  Perasaan anda masih dikawal oleh pemikiran anda kan?

Aku??!
Tersangat sedih.
Dari semalam aku sedih memikirkan hal ini.
Sehinggakan si kekasih hati menasihatiku

Si Dia : Jangan terlalu memikirkannya, nanti akan memberi efek pada hal yang lain
Aku : Memang dah efek pun. (aku langsung tak boleh buat kerja, takde perasaan pada sekeliling)
Si Dia : Tengok, sedangkan 'orang tu' bersenang-lenang, b* pulak sedih macam ni, tak boleh buat kerja la ape.
Aku : emmm..

Apa yang si dia katakan memang betul.
Aku sangat bersyukur kerana dia sentiasa ada di setiap saat hidupku, tika suka dan duka.
Dia seorang teman yang terbaik.



aku masih punya diriku
untuk mempertahankannya
aku mesti kuat. mesti kuat!


KESEDIHAN, cukup sampai sini.fullstop!




4 comments:

Zura said...

lah nie amiey kena heppy2 saje...buang karen je pk kan...

♥-- emieysandra --♥ said...

zura
:- hahaha..best word, buang karen je kan..tenkiu :D

intanurulfateha said...

hmmm susa nk move on kn
kalau lah bole stop kan kesedihan tu, da lame sis buat ;(

♥-- emieysandra --♥ said...

intanurufateha
:- emiey faham keadaan sis..
walau ape pun, kite kna cuba hentikan kesedihan tu dan kaut seberapa banyak kebahagiaan lain.
Biarkan lah kesedihan tu jadi parut dan kita cuba hilangkan dengan menghargai saat lain yang boleh buat kita gembira.

emiey pun tak mau tgk sis sedih2..
cpt2 cari FULLSTOP 2 ea.
~_^