Hari ini dan macam-macam..

Salam...


Setiap pagi, aku pasti mendoakan supaya hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam.  
Semoga kesilapan semalam takkan diulangi lagi pada hari ini.  Tapi selalunya gagal, dengan alasan nak berubah kena betul-betul tekad dan mengambil masa.  Salah.  Setiap hari adalah hari baru yang mesti bercambah dengan azam yang baru, bukannya azam tahun baru sejak Januari yang lalu.  Esoknya, aku nak senyum puas-puas pada diri sendiri kat depan cermin sambil mendoakan hari esok akan berjalan lancar. *peace!*


jOm main teka lirik lagu ni : 
'Ku tak bisa merubah yang telah terjadi, 
tapi aku kan menjanjikan yang terbaik'




Pagi tadi pergi kelas lambat sebab lecturer waktu pagi ada urusan kat luar IPG.  Happy.  Lepas tu, bukan aku tambah masa tidur, tapi tambah kredit online kat bilik..huh.  Pukul 9 baru pergi ke kelas tapi sebelum tu, singgah kat kafe dulu, breakfast la sementara ada waktu free lagi.  Alhamdulillah, ada classmate belanja air sebab aku tolong renovate kan blOg dia. Ish..aku bukan buat ape pun, biasa-biasa je gunakan apa yang aku tahu.  Yela, blOg dia tu best cuma dia tak pandai nak edit-edit bagi lawa je.  Tak pela, aku tolong. Jemput la melawat ke blog die..DALAM HATI ADA BOMB , hati-hati..kan melekat lama sangat sampai tak jumpa 'exit' lak..ehehe.




Okey, bila masuk kelas. Lecturer tak masuk lagi tapi sesetengah budak kelas tengah sibuk menghias kelas.  Yela, sebagai persediaan kalau auditor nak masuk kelas kami nanti.  Yup, esok pihak MQA nak datang. Bila semua hal tu masih tak melibatkan aku sebab aku bukan AJK Keceriaan kelas dan lagipun dah ramai yang dok menolong time tu, ape lagi terus je buka laptop la dan online. Tetibe sibuk pulak siHani ni suh tengokkan blOg dia sebab dia cuba nak tukar template tak jadi.  Cian la pulak, ok la aku tolOng.  Tapi awal-awal aku gitahu la yang aku bukan pandai nak edit lawa-lawa, simple n kemas je la yang bOleh, lebih-lebih sangat aku pun tak banyak ilmu lagi. Blog Hani ni aku edit sampai ke header..boleh tahan la aku buat, ehehe.  Jom la tengok ABC..123 blog Hani ni aku suke sebab dia selalu update isu semasa yang akan buatkan aku tertarik.




Okey, suasana pagi yang tenang dan relaks buat aku mula berakhir bila kami diberitahu yang pihak MQA nak audit kitorang.  Ape lagi, kenalah setelkan ape yang tak setel lagi. Sekarang ni pun ada lagi kerja yang tak setel, tapi biasa la aku, tak pandai buat post pendek-pendek kat facebook tapi post entri serba agak panjang, boleh la..ehehe.  
Okey la, nak study jap, tapi bukan study buku pink nih.huhu


~gudluck untuk esok kepada semua classmateku yang sentiasa riang-ria ni~




3 comments:

platipus said...

MQA tu hape?

Amy Syaquena said...

baru nak tanya MQA tue apa, tengok platipus dah tanya...

♥-- emieysandra --♥ said...

platipus :- Malaysian Qualification Agency..

Amy Syaquena :- mls nk state kan..huhu