Sinetron Alisa & Cinta Sampai Di Sini

Salam buat para pembaca..

Aku tengah berbulan madu untuk tempOh selama tiga minggu.. sO..ini lah time untuk aku buat apa yang aku tak bOleh buat masa kat asrama iaitu tengOk tv!!

bukannyer kat asrama tak de tv, tapi tak leh feeling ar tengOk citer kat sana..plus, aku ada penyakit M untuk turun ke bilik tv tu.. 

ok..sebenarnya aku nak bagitahu yang aku tengah syOk layan cerita ni...Alisa, yang baru je mengisi slOt sinetron bermula 8Jun di tv3 pada setiap hari Isnin - Khamis pada pukul 2.00petang..

Aku tak tahu la best ke tak cerita ni, tapi yang penting...pemandangan dalam cerita ini terisi indah dengan cOwok-cowok dan cewek-cewek yang gantang bangat...ehehe..iaitu...

Alyssa Soebandono sebagai Alisa

Christian Sugio sebagai Evan

Nia Ramadhani sebagai Natasya

 
Sedikit sinOpsis cerita ini yer :-

Alisa dan Evan bertemu dalam situasi yang tidak menyenangkan. iaitu Alisa yang telah menyebabkan baju Evan menjadi kotor padahal saat itu dia sedang bergegas untuk menemui kliennya. 

Takdir telah menemukan mereka kembali apabila Alisa mejadi salah satu mahasiswi bimbingan Evan. Akibat mereka pernah bertengkar di pertemuan awal, jadi mereka selalu bertengkar setiap kali berjumpa. Alisa yang merupakan pelajar yang bijak, tidak menyukai sikap Evan yang malas mengajar, angkuh dan juga kaki perempuan. Oleh itu, Alisa selalu memalukan Evan di dalam kelas. 

Alisa adalah gadis miskin yang harus bekerja untuk membiayai hidup seharian dan juga perubatan ayahnya. Salah satunya,Alisa bekerja menjadi tukang cuci baju Natasha iaitu seorang mOdel terkenal yang angkuh dan cerewet yang merupakan kekasih nombor satu Evan diantara banyak-banyak wanita yang mengelilingi Evan. 

Pada satu ketika, Alisa telah dianiaya oleh jirannya yang mencuri pakaian Natasya dari rumah Alisa. Natasya yang angkuh dan cerewet itu telah mendakwa Alisa. Namun, Evan telah menyelamatkan Alisa dengan alasan Alisa adalah mahasiswinya. Natasya telah menarik balik dakwaan terhadap Alisa dan sebagai balasan, Evan mesti bertunang dengannya.. 

Apakah Evan dan Natasya akan bertunang? 
Apakah perasaan Alisa terhadap Evan? 
pasti pelbagai kOnflik akan timbul selepas ini... 

Jom tunggu depan tv masing-masing esOk yer...

Aku juga turut tertarik dengan lagu tema sinetron ini, iaitu Cinta Sampai Di Sini, nyanyian D'Massive.. 
 nak layan lagu ini, sila tekan butang play kat bawah yer 
kalau nak dOwnload, klik SINI
sinetrOn Alisa juga bOleh di downlOad, cuba la cari kat yOutube ea..



p/s : nak tambah sikit lagi..Nia Ramadhani tu chantek kan..walaupun dia jadi jahat dalam cerita ni.. ^_^



No comments: