Semuanya dah berubah ..

facebook ni banyak faedah jugak kan..
menjalinkan semula yang terputus, merapatkan lagi yang jauh
aku mula aktif buka facebook ni sejak aku add grOup sekolah menengah dulu, lepas tu ramai la member-member sekolah dok add aku..
memang teruja giler bile dapat jumpe kawan-kawan lama ni walaupun di alam online je..
lepas tu ade yang masukkan gambar-gambar lama, memang nak nangis ar tengOk..
rindu sangat time dulu...
tapi itu semua dulu, time berhingus lagi..
tapi sekarang, masing- masing dengan penampilan vOgue mengancam..dah pandai kepit tas tangan, kepit pakwe @ makwe..
sekarang jugak, semua dah tunjuk perangai kelakian dan keperempuanan masing-masing, machO, gentleman, manja, cun..kat komen facebook pun dOk gurau-gurau bOdoh, merajuk-rajuk serius tak de maaf bagimu
Sekarang ni, muke pun dah berubah..ade yang tinggal tudung, sarung time bajet lawa je..
mungkinkah diorang dah jumpa diri mereka yang sebenar sekarang ni, sama cam aku yang macam ni ke?..
..mungkin jugak pada pandangan mereka jugak aku dah berubah..maybe jugak kan..
semuanya dah berubah tapi dengan matlamat yang pasti sama iaitu mencari kebahagiaan dalam hidup ini.
Ya Allah, semoga ikatan persahabatan itu akan terus kekal dari dulu, kini dan sehingga selamanya...aminnn!!

p/s: sedikit luahan hatiku yang merindukan setiap kenangan terindah bersama sahabat-sahabatku dulu, kalau sape-sape yang tak faham dan rasa bOsan, bOleh balik ke blOg masing-masing ye..~lalalala~..



No comments: