Warisan ♥

Salam buat para pembaca..


Aku nak share satu lirik lagu yang beshhh, yang aku dapat semasa di kem BTN, jikalau dihayati betul-betul lirik lagu ini, ia amat memberi kesedaran kepada kita mengenai asal-usul nenek moyang kita sehinggalah apa yang kita ada pada hari ini amat bernilai harganya.

 Anak kecil main api
Terbakar hati yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa antaralah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara 
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara

p/s : pernah dengar lagu ni kan, kalau macam tu cuba kita hayatinya pulak.







No comments: