Kisah Mira Maro

Di suatu pagi yang hening, nenek masuk ke bilik Mira dan Maro untuk mengejutkan mereka berdua untuk ke sekolah.

Nenek  : Mira..Maro..bangunlah cu, dah pagi ni. Bangunlah bersiap ke sekolah

Maro   :  Ala nek..awal lagi ni.

Nenek : Awal kamu kata,  ayam dok berkokok dari tadi lagi, Dah..baik kamu bangun sekarang

Setelah nenek meninggalkan mereka, mereka terus menyambung tidur lagi.  Sehinggalah kakak mereka yang garang iaitu Kak Kiah masuk untuk mengejutkan mereka.

Kak Kiah : MasyaAllah, kamu berdua ni..tak nak bangun lagi k? Akak simbah ngan air baru tau.  Dah, bangun sekarang!

Mira & Maro : Yela akak.

Mereka berdua pun bangun dan terus bersiap-siap untuk bersarapan sebelum ke sekolah.

Nenek : Cucu nenek berdua ni, makan lah cepat nanti lewat lagi ke sekolah.
Mira & Maro : ermmmmm 

Kak Kiah : Haa..buat muka lagi, nak bangun tidur pun liat, nasib baik saya xsimbah je diorang ni dengan air sejuk.  Nenek ni manjakan sangat diorang.

Nenek :  Kamu berdua ni lain kali kamu kena la hormat kan orang yang lebih dewasa.  Esok nenek nak tengok kamu bangun awal pagi dan tak  nak malas-malas macam tadi. Nenek sayang cucu-cucu nenek ni.

........................................................................................tamat...

***** Di atas ni bukan cerita suka-suka, tapi untuk salah satu ISL PRA 3106 ( Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak di Prasekolah)..huhu, cerita untuk tajuk 'Boneka Kayu'..
** cOmel x?
setelah berpenat lelah dengan tekunnya bersama ahli-ahli kumpulan ku iaitu hanum, kak mek & hajar..terbalas jugak dengan hasilnya yang begitu sempurna..ehehe


p/s : maybe citer ni tak sedap, tapi aku amat berbangga dengan hasil seni kreativiti ini!!
waaa...dah lewat ni, mau tidor la, tadi ma baru je pesan, 'JANGAN TIDO LEWAT-LEWAT..' 
thanx ma..mich u!!  

MyEm0.Com

2 comments:

penaberkala said...

selamat bercerita kat budak-budak
comel molek anak patung,haha

smiles to the world said...

tenkiu2!