Gastrik ***

Semua pernah dengar tentang gastrik kan. Ini lah penyakit yang aku paling tak suke, tak suke sangat sangat sangat. Tapi sekarang, aku sendiri yang menghidapi nya. Waaaa....cedih sangat, selalu sakit perut, jadi rindu masakan ma!!. Sekarang aku kena lebih menjaga pemakanan, kena lebih teratur.  So, aku search pasal gastrik ni dan nak share sama-sama kat blog kesayangan ku ini.

Apa itu gastrik??!
----> Perut kite ni mengeluarkan asid yang kuat dan pepsin untuk menghadam dan bertindak pada permukaan makanan.  Apabila terjadi gastrik, asid tu akan bertindak pada permukaan perut dan membuatkan kite rasa sakit macam luka dalam perut ni. 

Punca Gastrik??!
----> Merokok  ( nope! )
----> Minum minuman beralkohol (nope!)
----> Jangkitan bakteria ( ??? )
----> Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu ( yup, bizi la..sampai leh xperasan yang perut ni dah lapar, cian perut kan )
----> Gaya hidup tertekan ( maybe...)
 
 Tanda-tanda menghidapi gastrik ??!
----> Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi (yup!)
----> Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut.  Kita akan hilang selera untuk makan. Maybe jugak simptom ini dialami tanpa sakit kepala
----> Muntah yang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal (tak pernah lagi )
----> Sakit perut yang kadang kala teramat sakit (yup, sakit sangat sebab angin yang berkumpul )
----> Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok  atau diurut (yup, selalu!)

Nak mengatasi gastrik ??!
----> Pastikan waktu makan teratur dan lengkap pada setiap hari iaitu makan pagi, makan tengahari dan makan malam
----> Selepas makan nasi, amalkan minum air suam dan bukannya minum minuman berais atau minuman manis (skyjuice is the bestttt!!)
----> Elakkan makan makanan ringan, jeruk buahan dan juga mi segera ( say NO!! )
----> Elakkan minum air nescafe, teh, kopi, minuman bergas dan minuman masam seperti limau ais atau oren sanquick
----> Elakkan makan terlalu kenyang ( berhenti makan sebelum kenyang, contohilah Rasulullah S.A.W!)
---->  Minum susu segar atau susu full cream ( waaa..perut aku tak leh terima susu!!!)

Tiga kategori pesakit gastrik ??!
----> Orang yang hanya fikirkan untuk kelihatan cantik menarik deBoOoM!..sanggup berdiet keterlaluan sehingga menyeksa diri
----> Orang yang terlalu memikirkan nikmat keduniaan yang mengejar masa sehingga lupakan perut yang tak boleh berkata-kata untuk meminta diisi.  Padahal perut merupakan sebahagian dari amanah Allah S.W.T kepada hambaNya.  Kalau sakit, macam mana nak beribadat pada Nya?..(yup, aku termasuk dalam kategori ni, astaghfirullahalaziim..)
----> Orang yang hanya fikir nikamat sementara sahaja.  Kalau boleh, hari-hari mau makan KFC, Mc'D, Pizza dan macam-macam lagi. Langsung tak pikir bila dah sakit, ape pun dah tak boleh makan.

p/s : Gastrik leh jadi ulser perut tau, lagi kritikal..aku tak mau!!! 






3 comments:

penaberkala said...

semoga cepat sembuh
jaga makan, jaga minum
jgn seksa perut

smiles to the world said...

tenkiu pena berkala..i will..ehehe

bungaLily said...

semoga cepat sembuh :)