** cAmping yang sEmpOii!! vol. 2

Baiklah..entry kali ini nak sambung entry yang lepas...pasal prOjek tuuttt..muahahaaa
Kitorang tak menuju terus ke Pantai Kemunting tapi...singgah tescO dulu.  Puan Zaimah hepy sangat bawa anak bujangnye, Razman dan Rayanna serta 8 orang anak sementara nyer..kitorang la tu ( kak Nana, kak tirah, Awatif, Kechik, Atif, Erin, Kak Yan dan Aku ) menyerang tescO!!

Kitorang tak boleh sampai lama-lama kat tescO ni, takut sampai lambat kat Pantai Kemunting yang terletak di Pengkalan Balak kat Masjid Tanah, kira-kira sejam jugak la dari tempat kitorang ni.

beli ayam yang dah diperap, sosej, kerang, nugget, daging, kentang, air cincau, air soda, sarsi, lada, bawang, sayur kangkung, ikan bilis....siap!!

Memang banyak yang kitorang angkut dari tesCo tu, tapi tak pela, same-same share untuk kepuasan bersama..yiipii!!

Kami teruskan perjalanan ke destinasi sebenar dan sampai dekat kul 9 malam gak r.  Dah la tak solat maghrib ag, sO..kena la qada..huh!

Dah setel hal yang wajib, kami teruskan ke agenda melayan kehendak perut yang sudah berbunyi muzik yang sayu.yu..yu..yu dah ni..huhu.

Pe lagi, acara memasak pun bermula.  Daripada bahan-bahan yang dibeli kat tescO tadi, mesti dah dapat agak menu kami malam tu kan...ha..pandai!!!!


Setelah penat bertungkus-lumus memasak dan akhirnye dapat kami dinner di tepi pantai pada pukul 11 malam..


Menu malam : nasi putih, sayur kangkung, ayam bbQ, sosej bbQ, kerang pun bbQ, kentang gOreng....erkKkkk!! Alhamdulillah, kenyangnye..(~_~")


Lepas makan tu, pe lagi..bersiap untuk tidor la.  Nak tengok bintang pun tak de malam tu.  Kitorang tak pasang khemah tau, tidor atas tikar dan menghadap pantai..memang besttttttttttttt sangat!!..(nasib bek tak de angin ribut malam tu..)



Pagi esoknya, aku buka mata dan terus nampak pemandangan yang amat indah..time matahari mulai naik..wehhh, solat subuh la!!!..haha, pe lagi kelam kabut basuh muka dan ambik wuduk.. (jangan lupakan Allah..apatah lagi ketika memandang keindahan ciptaanNya )

Seterusnya, sesi memasak lagi untuk sarapan pagi.
.. Menu  pagi : nasi goreng kampung, cucur pisang, keropok ikan parang, ayam bbQ lagi, daging bbQ ..(^_^)

Lepas makan dan kemas-kemas barang-barang memasak, kitorang tak lepaskan peluang main air dan main pasir..best sangat sangat!!

Hampir kul 12tengahari, kitorang pun berkemas untuk balik.


p/s : suke camping yang seMpOi nih..suke hati je nk makan, tido, bangun pagi..huhu senang hati..ni la camping yang sempOi!!

No comments: